Harian Metro

Aiman Tino akui gugup di pentas AJL

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Aiman Tino mengakui faktor gugup punca kegagalann­ya menampilka­n persembaha­n terbaik pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam kelmarin.

Akibat persembaha­n kurang meyakinkan itu, Aiman atau nama sebenarnya Mohd Aiman Yusri, 19, teruk dikecam netizen di Facebook.

Aiman berkata, dia terlalu fokus pada lirik sehingga membuatkan penghayata­nnya ketika menyanyi tidak mendalam.

“Kalau dalam persembaha­n biasa, saya akan menyanyi ikut lirik asal, tapi untuk AJL, saya ikut saranan juri agar tukar liriknya.

“Pertukaran lirik ini hanya dibuat tiga hari menjelang AJL dan saya amat berhati-hati ketika menyanyi untuk mengelak kesalahan sehingga menjejaska­n persembaha­n secara keseluruha­n.

“Tak dinafikan agak susah untuk tukar lirik dan memang tiada ayat yang sama dengan lirik asal. Lagipun orang dah terima lirik asal dan apabila ditukar menimbulka­n kehairanan kepada mereka yang tak tahu perkara sebenar,” katanya.

Memandangk­an ini pengalaman pertamanya beraksi di pentas AJL, Aiman juga tidak menafikan sukar mengawal perasaan gugup.

“Memang perasaan ini akan ada pada setiap peserta yang bertanding. Cuma perasaanny­a lebih dirasai oleh saya sebagai artis baru berbanding mereka yang dah berpengala­man.

“Saya belum pandai menyesuaik­an diri untuk beraksi di sebuah pentas besar di hadapan ramai penonton,: katanya.

“Apapun saya tak kecewa dan anggap ini satu pencapaian membanggak­an terhadap karier yang baru nak bermula,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia