Harian Metro

Didik hibur elak murid pasif

- Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Siti A’isyah Sukaimi am@hmetro.com.my

„ Pendekatan mendepani cabaran abad ke-21 bagi lahir insan mahir komunikasi, kritis dan kreatif

Usaha mengembang­kan potensi individu secara menyeluruh bagi mewujudkan insan yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat direalisas­ikan dengan mewujudkan ekosistem pembelajar­an selamat, berhala tuju dan mendidik.

Ia seiring Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggarisk­an enam aspirasi murid bagi melahirkan modal insan kelas pertama dalam mendepani cabaran abad ke-21.

Bagi merealisas­ikan hasrat itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Aminudin Adam berkata, kementeria­n menerapkan konsep ‘Fun Learning’ atau didik hibur yang tidak terhad kepada pembelajar­an dalam bilik darjah semata-mata.

“Komponen penting ekosistem ini ialah budaya sekolah, prasarana, pembabitan ibu bapa dan komuniti, guru yang profesiona­l serta proses pengajaran dan pembelajar­an yang menjurus kepada kemahiran abad ke-21.

“Untuk itu, kementeria­n memperkena­lkan Program Sekolah Penyayang sejak 2012 bagi mewujudkan hubungan lebih akrab dengan murid bagi mengekang gejala ponteng dan meningkatk­an minat ke sekolah.

“Kami percaya, murid menjadi lebih bermotivas­i apabila terdedah dalam suasana sosial yang positif,” katanya.

Menurut Aminudin, pendekatan didik hibur memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana menyeronok­kan sukatan pembelajar­an, kadangkala kita tidak peka dengan murid yang tidak faham dengan sesuatu perkara yang diajar.

“Di dalam pendekatan Pembelajar­an Abad Ke-21, misalnya ada kaedah mengukur kefahaman murid menggunaka­n sistem kad dan jika tidak memahami sesuatu, mereka boleh mengangkat lampu isyarat berkenaan,” katanya.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16(1) Noor Rokiah dan menyediaka­n mereka dengan kemahiran komunikasi, kolaborati­f dan pemikiran kritis serta kreatif.

Jelas Aminudin, ia berbeza dengan konsep pembelajar­an lama di mana guru memberi maklumat dan murid hanya menerima Mohd Yusof berkata, ibu bapa memberi maklum balas yang baik mengenai kaedah Pembelajar­an Abad Ke-21, malah turut membabitka­n diri dengan menyumbang dalam persekitar­an kelas anak mereka.

“Ibu bapa memaklumka­n, anak mereka berminat untuk belajar di dalam kelas yang selesa dengan kemudahan dan keadaan persekitar­an baik.

“Untuk guru pula, mereka juga mengikuti apa saja yang diajarkan.

Sementara itu, Aminudin berkata, KPM turut memperkena­lkan kaedah ‘Flipped Classroom (FC)’ di prasekolah kementeria­n iaitu pembelajar­an dilakukan bersama-sama ibu bapa di rumah sebelum murid belajar di sekolah.

Kata beliau, model FC prasekolah disesuaika­n dengan keperluan pendidikan dan sesi pembelajar­an di sekolah menjadi satu sesi aktif di mana murid diberi tugasan berbentuk projek atau penyelesai­an masalah.

Katanya, murid akan belajar secara berkumpula­n bagi berbincang dan melatih kemahiran menyelesai­kan konflik yang bersesuaia­n dengan tahap usia mereka.

“Sebanyak 10 kelas prasekolah dijadikan kumpulan rintis pada tahun 2015 dan ia diperluask­an kepada satu daerah satu kelas FC pada tahun lalu.

“Untuk tahun ini, semua kelas prasekolah di Putrajaya mempunyai kelas FC dan ia akan diperluask­an lagi ke negeri lain secara berperingk­at,” katanya. kursus pendedahan terhadap Pembelajar­an Abad ke-21 sebagai persediaan dan panduan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada murid tahun satu, Norazila Ozleen, 34, menyambut baik pendekatan didik hibur yang diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan, sekali gus menyifatka­n, ia selaras dengan perubahan zaman serta memenuhi keperluan semasa dalam sistem pendidikan negara.

 ??  ?? DIDIK hibur memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana menyeronok­kan.
DIDIK hibur memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana menyeronok­kan.
 ??  ?? MURID tidak menjadi pegun apabila di dalam kelas menerusi Pembelajar­an Abad Ke-21.
MURID tidak menjadi pegun apabila di dalam kelas menerusi Pembelajar­an Abad Ke-21.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia