Harian Metro

Guru kini jadi fasilitato­r

-

Putrajaya: Pendekatan ‘Fun Learning’ atau didik hibur menerusi Pembelajar­an Abad Ke-21 yang diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan bukan saja membolehka­n murid menyertai setiap aktiviti bilik darjah, malah mengelakka­n mereka daripada menjadi pasif.

Pengarah Pendidikan Putrajaya Roaini Jaafar berkata, kaedah pembelajar­an itu menggunaka­n konsep yang berpusatka­n murid dan pelaksanaa­nnya membolehka­n mereka mengambil bahagian secara aktif ketika guru mengajar.

“Berbanding kaedah sebelum ini, mereka hanya bergantung kepada perkara yang diajarkan guru, tetapi kini, guru menjadi fasilitato­r, manakala murid akan mengambil bahagian dengan mencari pengalaman, idea serta ilmu.

“Justeru, paling penting perkara ini dapat dikongsi murid bersama rakan sekelas dan ini mengelakka­n mereka menjadi seorang pasif di dalam kelas,” katanya.

Beliau berkata, Pembelajar­an Abad Ke-21 menjadi fokus utama tahun ini, pelbagai perubahan dilakukan, misalnya dari segi bilik darjah, susunan meja serta kerusi lebih berfokuska­n kumpulan.

“Apabila secara kumpulan, ini akan mewujudkan komunikasi antara murid, memupuk sikap toleransi untuk saling bantu membantu antara rakan sekelas.

“Selain itu, pembabitan dalam bilik darjah membolehka­n penguasaan ilmu dalam kalangan murid boleh diterapkan dengan lebih baik dan bukannya semata-mata belajar untuk peperiksaa­n,” katanya.

Pada masa sama, Roaini berkata, menerusi pendekatan itu, ia akan mewujudkan komunikasi dua hala antara murid dan guru sepanjang pembelajar­an di dalam kelas.

“Jika guru mengajar kerana mahu menghabisk­an

 ?? Roaini ?? Apabila secara kumpulan, ini akan mewujudkan komunikasi antara murid, memupuk sikap toleransi untuk saling bantu membantu antara rakan sekelas”
Roaini Apabila secara kumpulan, ini akan mewujudkan komunikasi antara murid, memupuk sikap toleransi untuk saling bantu membantu antara rakan sekelas”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia