Harian Metro

Cabut lari selepas selamat Bantu urusan waris

-

„ Polis tidak menolak 40 penumpang dipercayai PATI melarikan diri

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkina­n ada mangsa bot pancung membawa 40 penumpang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam dan terbalik di Tanjung Rhu, di sini, semalam, melarikan diri selepas terselamat.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superinten­dan Cyril Edward Nuing berkata, polis yang bergegas ke lokasi kira-kira jam 9.30 pagi mendapati sembilan mayat bergelimpa­ngan dan terdampar di pesisir pantai sepanjang 300 meter manakala satu lagi mayat lelaki ditemui anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) jam 6.15 petang.

“Semua mayat yang ditemui terdiri daripada enam wanita dan empat lelaki yang mana kami belum dapat mengenal pasti identiti dan umur mereka memandangk­an tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Kira-kira jam 11 pagi, kami menemui dua individu di tepi pantai dan hutan berhampira­n dalam keadaan tidak bermaya namun selamat.

“Seorang daripada mereka dikenali sebagai Zainal Abidin berusia 28 tahun yang mempunyai kad pengenalan beralamat di Ampang, Kuala Lumpur.

“Seorang lagi wanita yang dikenali sebagai Helmy berusia 20 tahun berasal dari Surabaya, Indonesia,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk dibedah siasat manakala dua mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Beliau berkata,

operasi

Mersing: Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru akan membantu memudahkan urusan waris tragedi bot karam di Tanjung Rhu, di sini, yang setakat ini mengorbank­an 10 warganegar­a itu, semalam.

Konsul Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru Wino Sumarno berkata, pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi untuk mendapatka­n maklumat termasuk barangan yang ditemui.

“Saya belum dapat berjumpa dua mangsa yang terselamat, jadi setakat ini kita cuba mengumpul maklumat daripada barangan yang ditemui di lokasi kejadian dan kita akan turut membuat pengecaman mayat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Beliau berkata, proses dokumentas­i akan dilakukan segera bagi mengenal pasti identiti semua mayat mangsa. SAR membabitka­n 77 pegawai dan anggota pelbagai agensi dijalankan bagi mengesan mangsa lain.

“Menurut maklumat diperoleh, kami percaya ramai penumpang berjaya menyelamat­kan diri dan melarikan diri namun operasi SAR turut diadakan di laut bagi mengesan sekiranya ada mangsa yang dikhuatiri lemas,” katanya.

Cyril berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan tiada kesan pecah pada bot.

Katanya, pihaknya percaya bot berkenaan karam kira-kira jam 4 pagi akibat laut bergelora dan dipukul ombak yang mencecah ketinggian 3.5 hingga 4.5 meter.

 ?? Cyril Edward Nuing ?? MAYAT salah seorang mangsa bot karam dibawa naik ke darat.
MAYAT mangsa lemas yang ditemui.
ORANG ramai menarik bot yang karam. Menurut maklumat diperoleh, kami percaya ramai penumpang berjaya menyelamat­kan diri dan melarikan diri”
ANGGOTA...
Cyril Edward Nuing MAYAT salah seorang mangsa bot karam dibawa naik ke darat. MAYAT mangsa lemas yang ditemui. ORANG ramai menarik bot yang karam. Menurut maklumat diperoleh, kami percaya ramai penumpang berjaya menyelamat­kan diri dan melarikan diri” ANGGOTA...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia