Harian Metro

‘Saya terima takdir Allah ini’

-

minggu saya datang menjemputn­ya dari sekolah, namun pada hari kejadian itu saya tidak dapat ke sana.

“Saya menerima kejadian ini sebagai takdir. Terima kasih kepada semua pihak yang berusaha mencari anak saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superinten­dan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n penemuan.

“Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk dibedah siasat,” katanya. Jertih: “Walau macam mana keadaan atau selama mana perlu menunggu, kami sebagai ibu bapanya berharap dia ditemui,” kata Alias Mamat, 58, bapa kepada Muhammad Izzat Haikal, 12, yang hilang ketika mandi di Pantai Bukit Keluang, di sini, pada 14 Januari lalu.

Dia mahu anaknya dapat dikebumika­n untuk memberi ruang kepada keluarga menziarahi pusaranya jika ditemui tidak bernyawa.

Alias yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi berkata, dia bersama isteri, Sarjan Yuhaslinah Yunus, 51, dan empat anak lain terus menunggu dan berdoa agar anak bongsu daripada lima beradik itu dapat ditemui.

“Bagaimanap­un, andai tertulis kami tidak sempat menemui jasadnya, kami pasrah dengan dugaan Allah.

“Saya terharu dengan kehadiran Ketua Polis Terengganu (Datuk Rosli Ab Rahman) bersama rombongan, malah kehadiran kepemimpin­an tertinggi Kontinjen Polis Terengganu melegakan perasaan tertekan saya.

“Datuk (Rosli) memaklumka­n dia pernah kehilangan anak dan nasihat diberikan mengubat luka kerana kami berdepan situasi sama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gelam Mas, di sini, kelmarin.

Seperti Alias, Yuhaslinah yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut turut berharap jasad anaknya ditemui untuk diuruskan sebaik mungkin jika diizinkan Allah.

Muhammad Izzat Haikal Alias, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja yang hilang ketika mandi bersama lima rakan di pantai itu dalam kejadian jam 3 petang.

Sebelum ini, mayat rakannya, Nik Muhamad Haikal Fitri Nik Shamsuddin, 13, dijumpai pasukan penyelamat 200 meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas pada 8.20 pagi 15 Januari lalu.

 ??  ?? MAYAT Mohd Aiman dibawa ke HRPZII untuk dibedah siasat.
MAYAT Mohd Aiman dibawa ke HRPZII untuk dibedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia