Harian Metro

PM gesa semua agensi kerajaan beri bantuan KERANDA NAIK BOT

- Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam melahirkan kebimbanga­nnya berikutan beberapa kawasan di pantai timur dilanda gelombang baru banjir yang menyebabka­n jumlah mangsa semakin ramai.

Justeru, Najib berkata, beliau mahu semua agensi kerajaan bersiap sedia untuk memberi apa jua bentuk bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas.

“Kita harus pastikan bantuan sama ada dari segi pemindahan dan penempatan sementara atau berkaitan pemulihan pascabanji­r sampai kepada (mereka) yang memerlukan,” katanya menerusi laman Twitter rasmi beliau, semalam.

Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, 3,916 mangsa banjir di Kelantan sedang mendapatka­n perlindung­an di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di Terengganu 175 orang. –BERNAMA

Rantau Panjang

„ Bomba bantu bawa jenazah warga emas

Berikutan banjir yang belum surut, jenazah seorang warga emas yang meninggal dunia di Kampung Serongga, Repek, di sini terpaksa dibawa ke tanah perkuburan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Jusoh Ngah, 78, sebelum itu meninggal dunia akibat sakit tua jam 4 petang, kelmarin dan JBPM Rantau Panjang terpaksa dipanggil untuk bantuan bot.

Pekarangan rumah arwah dinaiki air mencecah 1.50 meter dan menyukarka­n kenderaan jenazah masuk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan untuk khidmat khas itu jam 6 petang dan tiba di rumah arwah kira-kira 35 minit kemudian.

“Kami terpaksa menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux dan bot memandangk­an kawasan rumah yang ditenggela­mi air.

“Jenazah dibawa melalui Sungai Lubok Jong dan mengambil masa 10 minit sebelum dibawa menaiki trak polis untuk ke Tanah Perkuburan Tok Sangkut.

“Air banjir yang dalam dan arus deras agak menyukarka­n kami untuk ke rumah mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, cucu arwah, Nur Farah Syahirah Mustafa, 23, berkata, keluargany­a terpaksa menghubung­i pasukan penyelamat kerana tidak berani membawa jenazah datuknya menggunaka­n sampan.

Katanya, arus deras menyukarka­n mereka mengendali­kan sampan dengan baik.

“Datuk saya tinggal bersendiri­an dan sudah menjadi rutin saya dan adik-beradik menghantar makanan ke rumahnya.

“Tetapi semalam

(kelmarin) saya terkejut apabila melihat datuk tidak sedarkan diri sebelum memanggil ahli keluarga lain. Ketika itu, nasi yang dimasaknya juga masih belum dijamah,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad mengesahka­n kematian itu.

 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH Jusoh Ngah di Kampung Serongga, Repek dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tok Sangkut menggunaka­n bot.
JENAZAH Jusoh Ngah di Kampung Serongga, Repek dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tok Sangkut menggunaka­n bot.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia