Harian Metro

2 hari ‘terkurung’

-

„ 500 pelajar, kakitangan sekolah terperangk­ap dalam banjir 1.5 meter

Lebih 500 pelajar asrama dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas II terpaksa ‘berkurung’ selama dua hari selepas laluan masuk ke sekolah itu dinaiki air mencecah paras pinggang dalam banjir di daerah berkenaan, semalam.

Pengetua SMK Pitas II, Abdul Hamid Ahmad berkata, semua penghuni asrama, kakitangan dan guru sekolah terperangk­ap sejak Sabtu lalu manakala sesi pembelajar­an turut ditangguhk­an.

Beliau berkata, mengikut pecahan pelajar yang terbabit adalah 268 perempuan, 178 lelaki, 10 warden dan 17 guru.

“Susulan banjir yang melanda di daerah ini, warga SMK Pitas II berdepan kesukaran apabila lebih 500 pelajar asrama, kakitangan dan guru terperangk­ap di bangunan sekolah akibat laluan masuk dinaiki air mencecah 1.5 meter sejak Sabtu lalu.

“Sesi persekolah­an hari ini (semalam) turut ditutup sementara menanti keadaan banjir surut,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, pihaknya kini berdepan masalah bekalan air bersih bagi menampung keperluan pelajar dan kakitangan sekolah.

“Setakat ini, kami berdepan masalah bekalan air bersih dan hanya bergantung kepada bantuan dari luar.

“Bekalan makanan mencukupi, namun kita dijangka berdepan risiko sekiranya banjir tidak surut dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, guru sekolah berkenaan, Mohd Farazi Abdul Razak berkata, ini pengalaman pertama berdepan banjir sepanjang tempoh empat tahun mengajar di sekolah berkenaan.

“Saya terpaksa berulang-alik meredah banjir termasuk mendapatka­n bantuan bot daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pitas serta penduduk kampung berhampira­n untuk tiba ke sekolah.

“Kami terpaksa mendapatka­n bantuan bekalan makanan dan minuman dengan menghantar­nya ke sekolah menggunaka­n bot selama dua hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Pitas, Bakrin Shamsudin berkata, pihaknya memberikan bantuan kecemasan kepada lebih 500 pelajar asrama dan kakitangan di sekolah berkenaan yang terperangk­ap akibat laluan masuk ke sekolah itu tidak dapat dimasuki kerana dinaiki air mencecah 1.5 meter semalam.

“Dalam kejadian jam 9 pagi tadi (semalam), pihaknya menggunaka­n bot untuk menghantar bekalan makanan dan minuman yang dibeli kakitangan sekolah bagi menampung keperluan warga sekolah yang terperangk­ap sejak Sabtu lalu.

“Dengan menggunaka­n dua bot APM yang disediakan berhampira­n Kampung Kusilad, sepasukan anggota memberi bantuan kecemasan kepada kakitangan SMK Pitas II kerana laluan masuk ke sekolah itu terputus akibat dinaiki air mencecah paras tinggi 1.5 meter.

“Jarak laluan masuk ke sekolah itu sejauh 700 meter,” katanya.

 ??  ?? SMK Pitas II ditutup kerana ditenggela­mi air banjir.
SMK Pitas II ditutup kerana ditenggela­mi air banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia