Harian Metro

Token amal jariah

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

„ Lima bersaudara bantu masyarakat dengan beri makanan percuma

“Anda lapar tapi tiada wang? Sila ambil satu. Makanan anda sudah dibayar mereka yang prihatin.” Itulah antara ayat yang tertera di sebuah restoran di Ampangan di sini untuk membantu golongan memerlukan.

Caranya mudah. Pengunjung yang kelaparan boleh mengambil token disediakan sebelum menjamu selera makanan secara percuma di Restoran KRS.

Idea itu dicetuskan tiga daripada lima beradik yang ingin membantu masyarakat yang tiada wang untuk makan khususnya di negeri ini.

Berkongsi idea itu, Muhammad Abu Kadir Mubarak Ali, 28, berkata, terdapat segelintir masyarakat terpaksa mengikat perut akibat tiada wang membeli makanan terutama pada hujung bulan.

“Perkara sama turut dirasai pelajar atau penuntut. Saya pernah mengalami situasi seperti ini dan secara langsung timbul idea untuk membantu mereka.

“Hasil perbincang­an bersama dua abang, Muhammad Yassin Mubarak Ali, 45, Muhammad Faiz Mubarak Ali, 37, dan sepupu, Qaiser Khan Khaliq Khan, 43, kami sepakat menampung kos makanan terbabit. Kami berkongsi idea sebelum tercetusny­a membuat token bernilai RM3 setiap satu,” katanya ketika ditemui di restoran terbabit, semalam.

Beliau berkata, pengunjung yang lapar boleh mengambil seberapa banyak token itu mengikut jenis makanan yang ingin dinikmati.

“Sebagai contoh, pengunjung yang ingin makan tengah hari boleh mengambil dua token dan jika mahu membungkus untuk anak-anak, mereka boleh mengambil seberapa banyak token terbabit mengikut jumlah harga juadah itu.

“Alhamdulil­lah, sejak kami memulakann­ya pada akhir 2015 dengan meletakkan 100 token setiap bulan, ia sentiasa mendapat sambutan.

“Lebih menarik, terdapat pengunjung yang tertarik dengan sistem ini turut melakukan sedekah dengan memberi wang RM3 kepada pengusaha restoran sebelum dia menambahka­n token itu,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata, kenalan mereka terutama daripada golongan profesiona­l turut terbabit sama dalam menyumbang token terbabit.

“Kini, terdapat penambahan hampir 60 token hasil sumbangan pengunjung dan rakan kami yang lain. Kami merancang memperluas­kan lagi token ini di beberapa lokasi restoran terutama di kawasan yang berpendapa­tan rendah termasuk di universiti terpilih.

“Apa yang penting, kami memerlukan pengusaha restoran yang jujur dalam menjayakan aktiviti kebajikan ini,” katanya.

Dalam pada itu, pengusaha restoran, Khairul Rahman Ali Rahman, 40, berkata, dia menyambut baik hasrat murni terbabit.

“Sejak token ini diletakkan di sini, saya turut bersedekah kepada pelajar tahfiz, warga emas dan beberapa individu yang tidak mempunyai wang mencukupi,” katanya. Padah membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui laman Facebook, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis di hadapan Balai Polis Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis berhubung penyalahgu­naan laman media sosial yang diterima pihaknya pada jam 4.02 petang, 19 Januari lalu.

“Satu laporan polis berhubung kenyataan jelik terhadap TMJ diterima yang mana kenyataan jelik yang dikeluarka­n itu boleh menggugat keharmonia­n serta kesejahter­aan negara.

“Kita membuat tindakan susulan dengan segera terhadap laporan polis itu dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai individu yang bertanggun­gjawab membuat kenyataan jelik berkenaan pada jam 3.30 petang di hadapan Balai Polis KLIA,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Abu Kadir (kiri) bersama adik-beradik dan rakannya berbincang mengenai token makanan yang membolehka­n pengunjung menikmati makanan secara percuma di Restoran KRS. Gambar kecil, pengunjung menerima token percuma.
MUHAMMAD Abu Kadir (kiri) bersama adik-beradik dan rakannya berbincang mengenai token makanan yang membolehka­n pengunjung menikmati makanan secara percuma di Restoran KRS. Gambar kecil, pengunjung menerima token percuma.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia