Harian Metro

Aiskrim untuk anak yatim, pusat tahfiz

-

Alor Gajah: Atas dasar mahu membuat kebajikan dan berkongsi rezeki dengan orang lain, seorang peniaga aiskrim menjalanka­n Program ‘Jom Sedekah Aiskrim RM1’ menerusi Facebook (FB), November tahun lalu.

Melalui program itu, Muhammad Zahin Zainuddin, 27, memungut dana daripada individu atau pihak yang mahu bersedekah dan wang dikumpul digunakan untuk membeli aiskrim sebelum diagihkan kepada anak yatim, murid sekolah, pusat tahfiz, Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Pemuda itu berkata, dia mendapat idea untuk menjalanka­n program itu selepas didatangi seorang lelaki yang membayar RM10 dan menyedekah­kan aiskrim kepada murid ketika berniaga di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas.

“Lelaki bekerja sebagai nelayan itu memberikan RM10, namun jumlah kanak-kanak yang beratur adalah 30 orang. Kerana tidak mahu hampakan kanak-kanak lain yang sudah menunggu, dia belanja semua murid berkenaan.

“Saya tertarik dengan kemurahan lelaki berkenaan dan terfikir mahu guna cara saya untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Saya bukan harap balasan tetapi berasa gembira melihat senyuman kanak-kanak yang menerima aiskrim itu,” katanya.

Muhammad Zahin berkata, dalam tempoh dua bulan menjalanka­n program itu, dia sudah mengagihka­n lebih 3,000 kon aiskrim di beberapa lokasi sekitar negeri ini.

Menurutnya, walaupun dilihat mudah, dia sebenarnya memikul tanggungja­wab yang besar kerana memegang wang diamanahka­n penyumbang.

“Program ini turut menarik perhatian individu tidak dikenali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyumbang­kan RM1,000 bagi menaja aiskrim untuk kanak-kanak.

“Bagi saya program ini bukan setakat menggembir­akan kanak-kanak, tetapi mendidik masyarakat berkongsi rezeki menerusi amalan bersedekah. Saya tidak tetapkan jumlah sumpangan, terpulang pada ke mampuan individu berkenaan,” katanya.

Dia memberitah­u, pada kebiasaann­ya dia akan membuat janji temu dengan pihak sekolah bagi memudahkan urusan mengagihka­n aiskrim dilakukan tanpa ada murid tercicir.

 ??  ?? MURID Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Lendu gembira mendapat aiskrim percuma melalui Program Jom Sedekah Aiskrim RM1.
MURID Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Lendu gembira mendapat aiskrim percuma melalui Program Jom Sedekah Aiskrim RM1.
 ??  ?? MUHAMMAD Zahin (tiga dari kanan) dibantu ibu bapanya memberi aiskrim percuma kepada kanak-kanak tadika JAIM Jelatang.
MUHAMMAD Zahin (tiga dari kanan) dibantu ibu bapanya memberi aiskrim percuma kepada kanak-kanak tadika JAIM Jelatang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia