Harian Metro

‘Kecewa bogel di tempat kami’ ‘Tolonglah guna modul munasabah’

-

Alor Gajah: Penganjur kem motivasi di negara ini diminta menggunaka­n modul yang munasabah dan tidak bertentang­an dengan budaya tempatan walaupun mahu mencari kelainan pada setiap sesi kursus dianjurkan.

Mengulas mengenai 39 peserta lelaki sebuah kem motivasi di Bentong, Pahang didapati berbogel ketika menjalani satu aktiviti dianjurkan pada kursus itu, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan,

Datuk Seri Nazri Aziz berkata,

„ Pihak pengurusan kesal peserta kem motivasi berkelakua­n tidak sopan di resort

tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjurn­ya.

“Itu bukan budaya kita, kalau nak ikut Barat sekalipun cari yang munasabah, ini umpama kembali ke zaman batu.

“Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan kepada mereka yang berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017 dan Sambutan Ulang Tahun Pertama, pusat beli-belah Freeport A’Famosa Outlet (FAO), di sini, semalam. syarikat penganjur serta pihak pengurusan resort.

“Semua 48 individu ditahan berhubung kes itu diambil keterangan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam (kelmarin).

“Pemeriksaa­n di lokasi berkenaan juga dilakukan dan polis memperhalu­si beberapa perkara lagi bagi melengkapk­an kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pendakwa raya...harap sebelum minggu depan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil keterangan daripada pihak penganjur kem motivasi itu, mereka mengaku bertindak keterlalua­n apabila mengarahka­n 39 peserta lelaki berusia 19 hingga 23 tahun terbabit mengeluark­an ‘bahan terlekat’ di badan untuk membentuk garisan panjang dalam permainan dikenali sebagai ‘All Out’.

“Peserta hanya mengikut arahan dan terpaksa menanggalk­an semua pakaian mereka untuk berada dalam permainan itu.

“Mereka (pihak penganjur) juga tidak melakukan sebarang usaha untuk menghentik­an peserta daripada berkelakua­n tidak sopan di khalayak ramai, tetapi terus membenarka­n mereka menanggalk­an pakaian sehingga telanjang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pegawainya diarahkan bertemu pengendali resort berkenaan untuk mendapatka­n gambaran sebenar kejadian.

Katanya, laporan terperinci berhubung insiden memalukan itu dibentangk­an dalam mesyuarat EXCO esok.

 ??  ?? NAZRI menyempurn­akan gimik mewarnakan mata patung ayam di pekarangan FAO, semalam.
NAZRI menyempurn­akan gimik mewarnakan mata patung ayam di pekarangan FAO, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia