Harian Metro

Penerbanga­n ihsan mangsa nahas

-

Segamat: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) membuat penerbanga­n ihsan bagi memindahka­n seorang daripada empat mangsa kemalangan jalan raya dari Hospital Daerah Segamat (HDS) ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur, semalam.

Helikopter Agusta Westland Aw139 APMM dikendalik­an Kapten Wan Najib Azrin Wan Nor Adib Zamal dan tiga anak kapal berlepas dari HDS jam 11 pagi membawa Zakiah Abdullah, 54, ke hospital angkatan tentera itu.

Zakiah yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbabit dalam kemalangan pada 17 Januari lalu dan mengalami kecederaan dalaman serta perlu mendapatka­n rawatan terperinci di hospital berkenaan.

Menurut anak Zakiah, Norsyazana Zulkifli, 29, dia dan keluarga berterima kasih kepada APMM kerana sudi melakukan penerbanga­n ihsan bagi membolehka­n ibunya membuat rawatan susulan di Kuala Lumpur.

Katanya, ibunya cedera serius di bahagian perut selain perlu menjalani pembedahan pergelanga­n tangan yang patah.

“Dua abang saya, Mohd Aizat Zulkifli, 32, dan Mohd Hafiz, 31, yang turut terbabit dalam kemalangan sama masih ditempatka­n di HDS masing-masing akibat patah tulang paha dan retak tulang dada,” katanya ketika ditemui di pekarangan HDS, semalam.

Dalam kemalangan jam 3.30 petang, kereta dinaiki empat sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Dungun ke Segamat sebelum terbabas di Kilometer 134, Lebuhraya Segamat-Kuantan.

Kemalangan itu turut menyebabka­n bapa mereka, Zulkifli Abdul Aziz, 60, maut akibat parah pada kepala dan badan.

 ??  ?? ZAKIAH dipindahka­n ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan menaiki helikopter APMM, semalam.
ZAKIAH dipindahka­n ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan menaiki helikopter APMM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia