Harian Metro

Transit di Sabah

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

„ Empat pengikut Dr Mahmud ditahan sebelum sempat menyusup ke selatan Filipina

Satu sel baru pengganas Daish dikesan merancang menjadikan Sabah sebagai transit kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan bagi menyusup ke Filipina.

Rancangan itu didedahkan Pasukan Polis Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman susulan tangkapan terhadap tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan dalam operasi di Sabah dan ibu kota antara 13 hingga 19 Januari lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek utama ditahan pada 13 Januari lalu seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun bekerja sebagai penjual jam di Kota Kinabalu, Sabah.

“Lelaki itu anggota sel kumpulan pengganas Daish di bawah pimpinan Dr Mahmud Ahmad iaitu bekas pensyarah Universiti Malaya yang menyertai Daish di selatan Filipina.

“Suspek juga berbaiah dengan Dr Mahmud dan diarah merekrut serta mengatur penyusupan masuk anggota baru Daish dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya ke selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Khalid berkata, suspek kedua seorang wanita tempatan berusia 27 tahun yang ditahan bersama lelaki warga Filipina terbabit di Kota Kinabalu, Sabah.

“Wanita berasal dari Selangor itu direkrut pada awal Januari lalu, melalui media sosial. Dia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Januari lalu untuk bertemu suspek di Kota Kinabalu.

“Mereka merancang berlepas ke Sandakan sebelum menyusup masuk ke selatan Filipina. Ketika ditahan, wanita terbabit turut mengaku sudah berkahwin dengan lelaki warga Filipina berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, dua lagi suspek lelaki warga Bangladesh berusia 27 dan 28 tahun ditahan di Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu.

“Kedua mereka bekerja sebagai jurujual itu direkrut suspek pertama dan mereka merancang menyertai kumpulan Daish di selatan Filipina selain turut mempunyai hubungan dengan Daish yang beroperasi di Bangladesh,” katanya.

Menurut Khalid, hasil soal siasat mendedahka­n sel diketuai Dr Mahmud Ahmad terbabit bergabung dengan kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) pimpinan Isnilon Hapilon yang berbaiah dengan pemimpin Daish, Abu Bakar Al-Baghdadi. “Selain Dr Mahmud, dua lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Amin Bacho dan Joraimee Awang turut menyertai sel ini yang kini beroperasi di Marawi City, Mindanao,” katanya.

 ??  ?? INDIVIDU yang ditahan pasukan polis Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman dalam operasi di Sabah dan Kuala Lumpur, baru-baru ini, selepas disyaki terbabit dalam kumpulan Daish.
INDIVIDU yang ditahan pasukan polis Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman dalam operasi di Sabah dan Kuala Lumpur, baru-baru ini, selepas disyaki terbabit dalam kumpulan Daish.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia