Harian Metro

Pengsan lihat rakan kaku dalam kereta kemalangan

-

Kuala Pilah: “Sebaik melihat kemalangan, saya terus berhenti. Bagaimanap­un, saya pengsan kerana mangsa kemalangan itu adalah rakan baik sejak di bangku sekolah,” kata Muhamad Asri Jaafar, 18, ketika menceritak­an kemalangan mengorbank­an rakannya, Mohd Fauzi Mohammad Ali, 18, yang juga penuntut Kolej Vokasional Juasseh, semalam.

Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi di Kilometer 5 Jalan Kuala Pilah–Batu Kikir berhampira­n kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jemapoh menyebabka­n tiga rakan arwah, Muhd Fauzan Mohd Salam sebagai pemandu, Nairul Aidil Shamsudin dan Muhammad Haidir Hamzah semuanya berusia 18 tahun cedera parah.

Muhamad Asri Jaafar, 18, yang kebetulan lalu di lokasi kejadian berkata, pada mulanya dia seperti pernah melihat kereta Mercedes-Benz biru yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Bagaimanap­un, saya melihat Mohd Fauzi yang berada di tempat duduk belakang sudah tidak bergerak,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Beliau berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah pada malam sebelum kejadian iaitu di rumahnya di Taman Desa Melang, Kuala Pilah ketika dia bersama tiga rakan lain mengulang kaji pelajaran.

“Ketika mengulang kaji pelajaran, kami semua sempat bergurau dan berjenaka. Bagaimanap­un, ketika hendak pulang jam 11.30 malam, arwah sempat menasihatk­an kami supaya berhati-hati kerana hari masih hujan dan jalan licin,” katanya.

Sementara itu, suasana pilu menyelubun­gi pekarangan rumah mayat HTAN dengan kehadiran kedua ibu bapa serta keluarga terdekat dan rakan kolej arwah.

Jenazah Mohd Fauzi dikebumika­n di tanah perkuburan Islam Melang, di sini selepas solat Asar.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superinten­dan Haslah Bachok berkata, kemalangan membabitka­n dua kenderaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia