Harian Metro

Hati meronta ingin membantu

- Amir Abd Hamid amir_hamid@hmetro.com.my

“Saya berhasrat pergi membantu pelarian Syria yang ketika ini berhadapan cabaran di musim sejuk dalam keadaan serba kekurangan. Tahun ini hasrat saya tidak tertunai namun akan datang berazam turut serta menjadi sukarelawa­n,” kata Ratu Rock kesayangan ramai, Ella.

Nor Zila Aminuddin, 51, baru-baru ini bersama suaminya Azhar Husaini Ghazali, 35, hadir di pejabat Muslim Care Malaysia Soceity (Muslim Care) di TTDI, di sini, untuk menyatakan sokongan kepada misi Muslim Care selain hasrat menjadi sukarelawa­n.

Bermula esok, 22 sukarelawa­n Muslim Care berangkat membawa misi bantuan kepada pelarian Syria di sempadan Turki-Syria sehingga 4 Februari depan berikutan musim sejuk.

“Isu di Syria memang serius dan satu dunia sudah mengetahui­nya. Semua umat Islam jika boleh nak membantu mangsa akibat konflik bersenjata di negara itu. Sekiranya diberikan peluang sememangny­a saya nak pergi ke sana menolong setakat termampu.

“Sesiapa saja jika mampu, sila bantu mereka. Selain itu, sokongan juga boleh diterjemah­kan dengan menderma kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Muslim Care dan lain-lain.

“Iringan doa juga cara menunjukka­n kita peduli dengan isu kemanusiaa­n dahsyat berlaku kepada saudara kita di Syria. Buat masa ini atas sebab tertentu saya tak dapat lagi pergi ke sana (Syria). Saya berdoa semoga misi bantuan musim sejuk kepada pelarian berkenaan dipermudah­kan Allah,” katanya yang kini dengan imej berhijab sejak Ramadan tahun lalu.

Orang ramai ingin turut melabur dalam saham akhirat, salurkan sumbangan tunai ke akaun Maybank (5644-9041-3882) atau Bank Islam (140-140101-4740) atau ke akaun Bank Muamalat (14-0100-0765-4717).

Maklumkan sumbangan anda dengan menghantar mesej pesanan ringkas atau WhatsApp kepada Johari Ismail di talian 016 9978323 atau Zakaria Abd Latiff (012 6935938).

Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaa­n Syria Muslim Care, Ustaz Nazmi Karim berkata penyanyi berkenaan adalah antara artis yang secara langsung berhubung dengan pihaknya untuk menyatakan solidariti kepada mangsa konflik Syria selain menyatakan hasrat untuk menyertai misi.

„ Hasrat Ella sertai misi sukarelawa­n belum tertunai

 ??  ?? PIMPINAN Muslim Care (dari kiri), Ustaz Nazmi, Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Mohd Johari Ismail dan
Setiausaha Agung Muslim Care Zakaria Abd Latif memberikan penerangan kepada Ella (dua dari kanan) dan suaminya, Azhar Husaini mengenai misi...
PIMPINAN Muslim Care (dari kiri), Ustaz Nazmi, Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Mohd Johari Ismail dan Setiausaha Agung Muslim Care Zakaria Abd Latif memberikan penerangan kepada Ella (dua dari kanan) dan suaminya, Azhar Husaini mengenai misi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia