Harian Metro

Nautical Aliya tiba Pelabuhan Klang Jumaat

-

Kuala Lumpur: Nautical Aliya, kapal yang digunakan dalam misi Food Flotilla For Myanmar dijangka berlabuh di Pelabuhan Klang Jumaat ini untuk pemeriksaa­n dan persiapan akhir.

Timbalan Presiden Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) Datuk Mohd Farid Hassan berkata, kapal dari Kemaman, Terengganu itu akan diperiksa terlebih dulu sebelum semua barangan bantuan diisi dan dibawa ke destinasi.

Sambil mengulangi kebenaran ke kedua-dua lokasi iaitu Teknaf, Bangladesh dan Yangon, Myanmar diperoleh secara lisan, beliau berkata, setakat ini, semuanya berjalan lancar dan mengikut perancanga­n sebelum ini.

“Saya baru saja balik dari Bangladesh dan satu lagi pasukan di Yangon, apa yang kami dapati semuanya positif dan kita juga melakukan kerja akhir misi flotilla.

“Kebenaran ini begitu penting kerana kita tidak mahu ada masalah sepanjang misi berlangsun­g kerana apa yang penting, bantuan dapat disalurkan,” katanya, semalam.

Hujung minggu lalu, dua pasukan peninjau mewakili penganjur terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan negara ini berlepas ke Yangon dan Dhaka untuk mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa kedua-dua negara, khusus mengenai misi kemanusiaa­n itu.

Hasilnya, kebenaran lisan memasuki Myanmar dan Bangladesh diperoleh dan ketika ini penganjur masih menunggu kelulusan bertulis bagi memulakan perjalanan yang dijadualka­n pada 3 Februari depan.

Misi berkenaan akan disertai 238 sukarelawa­n termasuk media dan pakar perubatan yang akan membantu masyarakat muslim di Teknaf dan Myanmar yang ketika ini hidup melarat akibat konflik sejak 9 Oktober lalu.

 ??  ?? MOHD Farid
MOHD Farid
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia