Harian Metro

Sindiket jual motosikal curi serendah RM130

-

Kajang: Satu sindiket warga tempatan dikesan menjadi pembekal utama motosikal curi kepada pekerja warga asing dengan menjual kenderaan itu semurah RM130.

Difahamkan mereka mengupah pencuri dengan bayaran antara RM100 hingga RM600 untuk mencuri motosikal pelbagai model di daerah ini.

Motosikal itu kemudian dijual kepada warga asing yang bekerja di kawasan pembinaan untuk kegunaan di kawasan rumah kongsi.

Polis yang menghidu aktiviti itu menyerbu sebuah kawasan rumah kongsi berhampira­n tapak pembinaan perumahan di Semenyih, di sini, tengah malam kelmarin.

Hasilnya polis merampas 70 motosikal curi yang kebanyakan­nya masih menggunaka­n nombor pendaftara­n asal.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut menahan lima lelaki warga asing berusia 20 hingga 40-an yang dikesan menggunaka­n motosikal curi berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut, pihak kami merampas 70 motosikal pelbagai model yang dilaporkan hilang di daerah ini. Polis mendapati warga asing itu membeli motosikal itu daripada sindiket pada harga antara RM130 hingga RM600 bergantung kepada model dan keadaannya.

“Modus operandi yang dijalankan sindiket adalah dengan mengupah individu lain untuk mencuri motosikal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

“Nilai anggaran semua motosikal yang dirampas ialah RM200,000. Rampasan ini berjaya menyelesai­kan kejadian curi motosikal di daerah ini yang menjadi penyumbang terbesar kepada indeks jenayah IPD,” katanya.

 ??  ?? OTHMAN menunjukka­n motosikal curi yang dirampas polis dalam serbuan di rumah kongsi.
OTHMAN menunjukka­n motosikal curi yang dirampas polis dalam serbuan di rumah kongsi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia