Harian Metro

Papan roda ‘teman setia’ Lega tiga adik tukar sekolah

-

Padang Terap: “Saya boleh menarik nafas lega dan bersyukur apabila tiga adik bertukar ke sekolah berasrama mulai hari ini (semalam) dan ia memberi keselesaan kepada mereka menumpukan kepada pelajaran selepas kematian ayah tahun lalu,” kata Muhammad Azrul Badrul Hisham, 17.

Dua adik perempuann­ya, Nurul Fatin Aina, 16, dan Nurul Farahwahid­a, 15, berpindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap ke SMK Pedu manakala adik bongsu, Muhammad Syakir, 12, yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Sanai ditempatka­n di SK Panglima Awang.

Muhammad Azrul berkata, dia berhenti sekolah sejak berusia 13 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah sekitar RM20 hingga RM30 untuk membantu keluargany­a ketika bapa mereka Badul Hisham Tajudin masih hidup.

Menurutnya, dia terpaksa bekerja kerana arwah bapa diserang angin ahmar pada 2008 hingga lumpuh separuh badan.

“Sebelum ini, dua adik perempuan saya tinggal bersama ibu yang berkahwin lain di Sungai Petani sebelum tinggal bersama saya dan arwah ayah serta adik lelaki tahun lalu selepas penyakit ayah semakin teruk.

“Atas keprihatin­an ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kuala Nerang, Datuk

„ Bapa tunggal kudung sebelah kaki tabah sara anak dua tahun walaupun kesihatan merosot

Badrul Hisham Hashim, dua adik perempuan saya turut ditukarkan sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria, Sungai Petani ke SMK Padang Terap namun 30 Oktober lalu ayah meninggal dunia,” katanya.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan dan sumbangan daripada Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap bersama Pemuda UMNO Padang Terap, di rumah mereka di Kampung Padang Cenerai, di sini, semalam.

Kunjungan itu diwakili Pengerusi RESPA Kedah, Datuk Mohd Hashim Othman yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, pegawai kanan IPD Padang Terap dan wakil Pejabat ADUN Kuala Nerang yang menyerahka­n sumbangan

RM3,600 dan barangan keperluan melalui Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH).

Menurut Muhammad Azrul, dia dibantu nenek mereka, Rokiah Abu, 64, yang tinggal di kampung berhampira­n menjaga adik-beradiknya.

“Saya mengambil upah bekerja di ladang tembikai di Chuping, Perlis dengan upah RM20 sehari.

“Saya keluar rumah jam 6 pagi menaiki van disediakan majikan dan bekerja sehingga jam 11.30 pagi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hashim berkata, kunjungan itu tanggungja­wab sosial korporat bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Program seperti ini dapat merapatkan hubungan polis dengan masyarakat dan sumbangan hari ini (semalam) daripada RESPA untuk empat beradik yatim ini yang boleh meringanka­n beban mereka,” katanya.

 ?? Ilyas ?? ILYAS menggunaka­n papan roda untuk bergerak di dalam rumahnya.
ILYAS menunggang motosikal dengan berkaki palsu.
Tuan rumah memberikan masa menyewa di rumah ini sampai hujung bulan ini saja”
Ilyas ILYAS menggunaka­n papan roda untuk bergerak di dalam rumahnya. ILYAS menunggang motosikal dengan berkaki palsu. Tuan rumah memberikan masa menyewa di rumah ini sampai hujung bulan ini saja”
 ??  ?? MOHD Hashim (dua dari kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Muhammad Azrul.
MOHD Hashim (dua dari kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Muhammad Azrul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia