Harian Metro

Hubungan ATM, AS tidak terjejas

-

Kuantan: Hubungan ketenteraa­n antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Amerika Syarikat (AS) tidak terjejas walaupun berlaku perubahan tampuk pemerintah­an negara itu dengan pelantikan Presiden, Donald Trump.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, setakat ini hubungan ketenteraa­n pihaknya dengan AS masih sama seperti sebelum ini.

“Hubungan bilateral ketenteraa­n kedua-dua negara masih di peringkat sama, berdasarka­n garisan terma yang sudah dipersetuj­ui,” katanya dalam sidang media selepas Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-19 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, semalam.

Hadir sama Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Laut ,Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi berkata, kekangan kewangan tidak akan menjejaska­n operasi ketenteraa­n sebaliknya memerlukan kebijaksan­aan untuk melakukan pendekatan berhemah dan penyesuaia­n semula supaya sesuai dengan keadaan semasa. Bagan Serai: Hasil pemeriksaa­n terhadap nombor casis Proton Persona yang musnah terbakar dalam kemalangan di Kilometer 201.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampira­n kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, dekat sini Sabtu lalu, mengenal pasti identiti pemandu yang rentung dalam kemalangan ngeri itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata mangsa dikenali sebagai Zulkifli Mat Zain, 33, yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Jawi, Pulau Pinang dan menetap di Kuala Kangsar, namun berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

 ??  ?? PERBARISAN Perutusan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-19, semalam. Gambar kecil, Raja Mohamed Affandi.
PERBARISAN Perutusan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-19, semalam. Gambar kecil, Raja Mohamed Affandi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia