Harian Metro

Tipu slip gaji dapatkan pinjaman peribadi

-

Kuala Lumpur: “Ada pegawai kerajaan yang menipu slip gaji semata-mata untuk mendapatka­n pinjaman peribadi sehingga akhirnya potongan gaji mereka melebihi 90 peratus untuk membayar pinjaman itu,” kata Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau ketika mendedahka­n penipuan itu berkata, bukan setakat itu malah ketua jabatan sebagai majikan penjawat awam terbabit pula memperakuk­an slip gaji terbabit.

Katanya, kakitangan terbabit dengan Gred 41 yang bergaji bulanan RM6,200 tetapi potongan Biro Potongan Angkasa (BPA) setiap bulan adalah sebanyak RM5,100 sedangkan sepatutnya potongan pinjaman mestilah tidak lebih 60 peratus dari gaji.

“Siasatan awal Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mendapati gaji penjawat awam itu direkodkan sebanyak RM9,200 sebulan dan disahkan oleh majikan,” katanya semasa merasmikan Seminar Hala Tuju Sektor Perkhidmat­an Kewangan Koperasi dan Pelancaran Pelan Pembanguna­n Sektor Perkhidmat­an Kewangan Koperasi 2016-2020 di sini, semalam.

Pelan pembanguna­n itu akan memacu gerakan koperasi dengan matlamat untuk menjadikan antaranya pemimpin dalam sektor koperasi kredit yang diakui dalam memastikan kelestaria­n ekonomi, sosial dan persekitar­an.

Hamzah berkata, Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap koperasi kredit yang tidak mematuhi perundanga­n dan garis panduan berkaitan ejen yang mengambil kesempatan ke atas peminjam khususnya membabitka­n penjawat awam yang terdesak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia