Harian Metro

Tambah baik pelan PPPM

- BERNAMA

„ Kementeria­n Pendidikan alu-alukan pandangan rakyat Malaysia di luar negara

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggalakk­an rakyat Malaysia di luar negara terutama pelajar memberi pandangan ke arah meningkatk­an kualiti pendidikan negara selaras dengan hala tuju Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Beliau berkata, kementeria­nnya mengalu-alukan pandangan bagi menambah baik Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia setaraf negara seperti United Kingdom, Jepun dan Korea.

Katanya, generasi muda hari ini termasuk pelajar di luar negara yang akan menjadi tunjang kepada TN50 perlu menghayati program masa depan itu untuk membentuk negara mengikut acuan mereka sendiri.

“Pandangan anda untuk kebaikan kita bersama, apatah lagi anda semua berada di luar negara dan dapat melihat bagaimana sistem pendidikan di luar negara,” katanya ketika menghadiri Dialog Bersama Pelajar dan Komuniti Malaysia di Malaysia Hall, London, semalam.

Dalam kenyataan media semalam, beliau berkata lebih 100 penuntut dan masyarakat Malaysia hadir bagi mendengar dan berdialog mengenai pelbagai isu semasa serta perkembang­an terkini mengenai dasar dan transforma­si pendidikan negara.

Mahdzir berkata, PPPM 2013-2025 mempunyai hubung kait dengan usaha kementeria­n dalam mencapai matlamat pendidikan untuk semua iaitu satu daripada Matlamat Pembanguna­n Mapan (SDG) 2030 seperti yang dicadangka­n Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Ini bermakna menjelang 2030, semua kanak-kanak mendapat akses kepada perkembang­an awal, asuhan dan pendidikan prasekolah yang berkualiti supaya mereka bersedia untuk pendidikan sekolah rendah,” katanya.

Katanya, kementeria­n berusaha untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat hak pendidikan 100 peratus walaupun ketika ini terdapat murid yang berada jauh di pedalaman tidak mendapat akses pendidikan.

“Saya melihat sistem pendidikan juga perlu banyak berubah termasuk kualiti guru ditingkatk­an.

“Apa yang paling penting bagi saya adalah guru hari ini tidak boleh lagi mengajar semata-mata untuk menghabisk­an silibus, tetapi turut memberi perhatian kepada masa depan murid,” katanya.

Mahdzir berada di London bagi menghadiri Forum Pendidikan Dunia yang berlangsun­g tiga hari bermula semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia