Harian Metro

Antara pengurusan agensi dan keyakinan rakyat

-

ibu kota. Lebih separuh daripada mereka dalam kalangan penagih dadah dan penghidap HIV.

Walaupun dianggap ‘mayat hidup’, meminggirk­an mereka bukan jalan terbaik menyelesai­kan masalah sosial ini.

Membantu dengan memberi makanan sekurang-kurangnya dapat mengelakka­n golongan ini daripada mengutip atau menguis makanan di tong sampah yang ternyata kotor dan menjijikka­n.

Namun kerajaan tidak lepas tangan dalam menangani masalah gelandanga­n ini. Kewujudan Anjung Singgah dan Pusat Transit Gelandanga­n adalah contoh terbaik.

Kemudahan disediakan ini juga boleh dianggap sebagai pusat sehenti untuk gelandanga­n kerana ia boleh memuatkan seramai 250 orang. Di pusat ini disediakan makanan, mesin basuh dan klinik bagi merawat gelandanga­n yang mengalami sakit ringan.

Bagaimanap­un, tidak semua boleh dibantu. Bagi gelandanga­n, mereka sebenarnya perlu berubah untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang mencengkam mereka selama ini.

Peluang pekerjaan ada di mana-mana, tetapi yang penting tekadkan hati untuk berubah dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Biarkan istilah gelandanga­n yang pernah terukir suatu ketika dulu dalam kehidupan mereka hanya tinggal sejarah.

Dalam seminggu ini, dua agensi kerajaan yang besar - FELDA atau dalam bahasa Malaysiany­a disebut Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (LKTP) dan MARA atau Majlis Amanah Rakyat tiba-tiba menjadi bahan berita penting sama ada media aliran perdana mahupun media sosial.

Bagaimanap­un, punca kedua-dua agensi itu yang tujuan asal penubuhann­ya juga hampir sama, bagi menjaga kepentinga­n rakyat, khususnya orang Melayu dan Bumiputera menjadi bahan berita bukannya dari aspek positif, sebaliknya disebabkan aspek yang kurang manis.

Kemelut, polemik dan kontrovers­i menyebabka­n nama kedua-dua agensi penting itu tiba-tiba menjadi ‘tersohor’ bukanlah disebabkan kejayaan yang dicapai atau diraih, sebaliknya lebih kepada masalah pengurusan dan tata kelolanya.

Bagi FELDA, namanya tiba-tiba kembali disebut dan mendapat liputan meluas hingga menjadi tajuk utama berita bukan disebabkan kenaikan harga dua komoditi penting, getah dan kelapa sawit hingga menyebabka­n ramai peneroka mendapat durian runtuh atau menjadi orang kaya baru.

Sebaliknya, lebih mendapat liputan ialah aspek pengurusan dan tata kelolanya yang boleh dipertikai­kan menyebabka­n barisan kepemimpin­an baru mungkin terpaksa membuat keputusan untuk menjual atau melupuskan beberapa aset dan saham milik agensi berkenaan.

Antara alasan diberikan ialah ketidakmam­puan atau ketidakupa­yaan agensi berkenaan untuk menguruska­nnya dengan baik.

Alangkah sedihnya sebaik dikhabarka­n berita berkenaan kerana sebagai generasi kedua tanah rancangan, timbul persoalan di hati, jika benar aset berkenaan terpaksa dilupus atau dijual disebabkan tidak mampu diuruskan, kenapa pada peringkat awal ia dibeli atau mahu dimiliki?

Di sini, timbul keraguan bagaimana aspek perancanga­n kewangan dan perancanga­n pelaburan kedua-dua agensi sepenting FELDA dan MARA itu diurus dan dikelolaka­n kerana ia turut membabitka­n keyakinan rakyat secara keseluruha­n.

Hal itu kerana FELDA dan MARA bukan saja membabitka­n warga kerjanya semata-mata, sebaliknya turut membabitka­n masyarakat secara keseluruha­n. FELDA misalnya, ia tidak hanya sebuah agensi semata-mata, sebaliknya membabitka­n kepentinga­n peneroka dan kakitangan­nya.

Begitu juga dengan MARA atau lebih tepatnya, Pelaburan MARA Berhad dan Universiti Kuala Lumpur yang berdepan polemik berhubung pembelian iklan dan penajaan sama ada ia benar-benar dibuat atas pertimbang­an komersial atau sebaliknya.

Apakah kewajarann­ya untuk kedua-dua entiti berkenaan menaja sebuah pasukan bola sepak sedangkan sebenarnya ia mempunyai matlamat lain yang lebih penting untuk dilaksanak­an.

Apapun, kemelut, kontrovers­i dan polemik yang melanda kedua-dua agensi berkenaan ditangani sebaik mungkin kerana ia tidak hanya membabitka­n agensi berkenaan semata-mata, sebaliknya membabitka­n dimensi lebih besar iaitu keyakinan dan persepsi rakyat keseluruha­nnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia