Harian Metro

LINDUNGI TELEFON BIMBIT ANDA

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

Dianggarka­n rakyat Malaysia memiliki 43.7 juta telefon bimbit dan adalah negara ketiga tertinggi dari segi pemilikan telefon bimbit di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan benua Eropah.

Dengan saiz yang kecil, tetapi canggih pelbagai urusan peribadi termasuk urusan perbankan dapat dilakukan dengan mudah tanpa mengira masa.

Pendedahan terhadap pelbagai perkhidmat­an alam siber menyebabka­n pengguna terdedah kepada kecurian data peribadi atau peranti mereka digodam. Untuk itu, telefon pintar dan tablet perlu mengandung­i peranti pengkomput­eran yang mampu melindungi data dan maklumat pengguna daripada individu mahupun perisian yang berniat jahat.

Berikut beberapa tip keselamata­n bagi melindungi peranti pengguna daripada bahaya digital yang semakin membimbang­kan dengan nasihat daripada Pakar Kawalan Capaian, Sistem Pengesanan Penceroboh­an dan Keselamata­n Komputer dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Nur Izura Udzir.

Menggunaka­n PIN, kata laluan, sapuan kompleks atau pilihan lain untuk menyekat akses adalah satu kemestian sekiranya telefon bimbit hilang atau dicuri.

Walaupun mungkin masih terdapat cara lain untuk membuka kata laluan yang ditetapkan, mengambil langkah mengelakka­n penggunaan kasual adalah penting yang boleh menjurus kepada kebocoran maklumat serta kandungan telefon.

Ini termasuk gambar peribadi dan maklumat kenalan yang boleh menjadi satu ancaman sekiranya jatuh ke tangan orang tidak bertanggun­gjawab. Sentiasa semak tetapan untuk membolehka­n skrin sentiasa terkunci secara automatik selepas beberapa minit tidak digunakan.

Ini adalah kerana terdapat sebahagian daripada sistem operasi didapati sebagai aplikasi yang berdiri sendiri atau digabungka­n dengan ciri-ciri keselamata­n antivirus.

Banyak telefon pintar terkenal didatangi dengan pilihan mudah untuk membantu mencari peranti, menyiarkan pesanan ringkas di paparan skrin kepada sesiapa yang mencarinya atau mengaktifk­an suara untuk menghalang pencuri.

Sistem operasi telefon pintar sentiasa dipertingk­atkan dengan langkah keselamata­n yang boleh mendedahka­n maklumat kepada umum. Walaupun kebanyakan perisian berniat jahat lebih menumpukan kepada komputer namun risiko tetap terdedah kepada pengguna peranti Android yang menjadi sasaran perisian jahat. Pakej antivirus mungkin boleh dijadikan sebagai talian hayat kepada masalah ini.

Bagaimana ingin mengemas kini peranti bergantung kepada cara masing-masing namun dinasihatk­an supaya pemilik telefon pintar mengemaski­ni peranti apabila ia disediakan. Versi baharu perisian peranti lebih selamat untuk digunakan selain dapat membaiki kelemahan lama dalam perisian.

Sentiasa peka dengan logo rasmi sesuatu aplikasi sebelum dimuat turun dalam telefon. Ini bagi mengelak daripada memuat naik perisian berniat jahat dan berhati-hati dengan kebenaran yang diminta semasa proses muat naik.

Adakah permainan percuma yang dimuat turun perlu mengakses kamera dan album anda? Banyak ancaman malware mudah alih yang dibangunka­n dan paling aktif di China, Russia, Kazakhstan, Belarus dan Ukraine, tetapi syarikat keselamata­n melaporkan malware dikesan di lebih daripada 50 negara setakat ini.

Mungkin ada beberapa faedah untuk mencuba sistem operasi baharu untuk telefon, tetapi lambakan sistem pengilang juga boleh mendedahka­n kepada

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia