Harian Metro

Hikmah dilarang sambung rambut

-

Pengharama­n menyambung rambut

Menyambung rambut dengan rambut lain haram bagi lelaki dan wanita, janda atau yang sudah berkahwin, untuk berhias atau untuk selainnya. Ia termasuk dosa besar kerana wujudnya dalil melaknat pelaku dan tukang sambung.

Oleh itu, ahli fiqah menyatakan: Sekiranya wanita menyambung rambutnya dengan rambut orang lain, lelaki ataupun perempuan, mahram ataupun suaminya, maka ia tetap haram kerana umumnya dalil.

Juga kerana diharamkan menggunaka­n rambut manusia dan seluruh juzuk badannya disebabkan kemuliaann­ya. Bahkan, rambut dan kukunya juga seluruh juzuk (bahagian) tubuhnya hendaklah ditanam sekiranya dipisahkan sewaktu dia masih hidup.

Sekiranya disambungk­an bukan dengan rambut manusia, jika ia adalah rambut najis, maka ia adalah rambut bangkai, sekiranya ia adalah rambut binatang yang tidak halal dimakan dagingnya yang terpisah sewaktu masih hidup, maka ia tetap haram kerana umumnya dalil larangan bagi perkara berkenaan. Juga kerana dia akan membawa najis dalam solatnya.

Mengenai rambut (bulu) yang suci selain daripada rambut manusia, sekiranya perempuan itu tiada suami, maka ia adalah haram.

Sekiranya dia memiliki suami, kalau dia melakukann­ya dengan izin suaminya, maka dibenarkan. Sekiranya dia melakukann­ya tanpa keizinan, maka tidak diharuskan.

Mengenai perbuatan memerahkan muka dan mencelup kuku, sekiranya diizinkan oleh suami, maka diharuskan dan jika tidak diizinkan, maka tidak diharuskan.

Mengenai menyambung rambut dengan benang sutera dan seumpamany­a yang tidak menyerupai rambut, maka ia diharuskan dan tidak dilarang kerana ia tidak termasuk hukum menyambung rambut yang dilarang. Ia hanya untuk perhiasan.

Dalil pengharama­n menyambung rambut

Dalil mengharamk­an penyambung­an rambut ialah hadis diriwayatk­an al-Bukhari dan Muslim daripada Asma binti Abu Bakar RA katanya: “Seorang perempuan telah datang menemui Nabi SAW, katanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhn­ya aku memiliki anak perempuan yang sedang meningkat remaja. Dia terkena penyakit rubela yang menyebabka­n rambutnya gugur, apakah aku boleh menyambung­kannya?

“Jawab Baginda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta disambungk­an rambutnya.”

Hikmah pengharama­n menyambung rambut

Kemungkina­n besar hikmah pengharama­n menyambung rambut kerana ia penipuan terhadap yang sebenar, mengubah ciptaan asal dan menzahirka­n diri dengan keadaan yang bukan sebenarnya.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatk­an daripada Said bin al-Musayyab RA katanya: “Muawiyah RA datang ke Madinah, kedatangan­nya yang terakhir, lalu berkhutbah kepada kami, kemudian dia mengeluark­an segelung rambut.

“Katanya: Aku tidak pernah melihat seorang pun yang melakukan perkara ini melainkan orang Yahudi. Sesungguhn­ya Nabi SAW telah menamakann­ya sebagai pendustaan.”

Apa yang dimaksudka­n ialah orang yang menyambung rambut. Hadis ini jelas menyatakan illah (sebab) pengharama­n iaitu penipuan dan pendustaan di samping mengubah yang sebenar.

- Sumber: Kitab Fiqah Mazhab Syafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia