Harian Metro

Sebut semula kes peniaga berkait Daish

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 14 hingga 16 Februari depan bagi perbicaraa­n kes seorang peniaga atas empat pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan letupan berkaitan Daish tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menetapkan tarikh itu selepas tertuduh, Mohd Shaifful Shahril Ramli, 28, mengekalka­n pengakuan tidak bersalah sebaik semua pertuduhan pindahan dibacakan terhadapny­a.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memberi sokongan kepada Daish dengan cara menggunaka­n aplikasi Telegram “Amanah (phb) vs Pas” atas nama Anonymous di dalam dalam telefon bimbit Samsung Galaxy Note, di alamat No 3, Lorong Indah 1, Kampung Sri Indah B, Sungai Buloh, pada 18 Jun hingga 29 Jun 2016 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130 J (1)(a) Kanun Keseksaan.

Mengikut

pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan yang membabitka­n penggunaan bahan letupan dan perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk melanjutka­n suatu perjuangan ideologi dan perbuatan itu boleh semunasaba­hnya dianggap sebagai diniatkan mengugut orang awam di Malaysia menggunaka­n aplikasi Telegram di alamat yang sama, pada 26 Jun hingga 29 Jun 2016 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130J (1)(b) Kanun Keseksaan.

Dakwaan bagi pertuduhan pertama dan kedua itu boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh diwakili peguam K A Ramu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia