Harian Metro

Parkir terbiar ‘hotel’ penagih

„ Pemilik abai tempat letak kereta bertingkat minta sewa RM15,000 sebulan untuk diambil alih

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n @hmetro.com.my

‘Hotel untuk penagih dadah’ itu ungkapan sesuai terhadap sebuah bangunan tiga tingkat di Bukit Puchong, Jalan BPU 8, di sini, yang sepatutnya dijadikan sebagai tempat letak kereta, namun sudah lebih 20 tahun terbiar hingga menjadi lokasi melepas gian.

Bangunan yang dipercayai diuruskan pemaju itu terletak kira-kira 50 meter dari Balai Polis Bukit Puchong, di sini, kini terbiar tanpa sebarang usaha daripada pihak berkaitan untuk memaju atau membangunk­annya.

Ironinya, bangunan berkenaan sepatutnya memberi kemudahan kepada orang ramai yang mahu berurusan di premis perniagaan dan balai polis berkenaan untuk meletak kereta.

Namun, tinjauan Harian Metro mendapati bangunan berkenaan kini tidak ubah seperti lokasi menyeramka­n.

Seorang pemilik perniagaan penerbitan Datuk Inder Singh berkata, masalah berkenaan sudah diadukan kepada Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) dan pemilik bangunan berkenaan untuk tindakan susulan.

“Aduan sudah dibuat beberapa kali sebelum ini, namun bangunan berkenaan tetap dibiarkan tanpa penyelengg­araan, malah pemaju juga tiada inisiatif untuk membukanya sebagai tempat letak kereta.

“Bangunan itu dikeliling­i premis perniagaan dan sentiasa sibuk dengan orang ramai untuk menyelesai­kan pelbagai urusan menyebabka­n tempat letak kereta tidak mencukupi sekali gus menyusahka­n,” katanya, ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara Lawrence Chiew berkata, bangunan tempat letak kereta yang boleh memuatkan 100 kenderaan itu mencacatka­n pemandanga­n hingga menyebabka­n dia bersama penduduk setempat terpaksa bergotong-royong membersihk­annya.

“Pemaju ada membina pagar selepas aduan dibuat tahun lalu, namun mereka tidak mengambil inisiatif mengekalka­n tahap kebersihan bangunan itu atau memantau untuk mengelak dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

“Kami pernah berbincang dengan pemaju untuk mengambil alih bangunan itu, namun mereka mengenakan bayaran sewa RM15,000 dan ia terlampau mahal,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta pihak berkaitan mengambil tindakan segera dengan membangunk­an kembali bangunan berkenaan sebagai tempat letak kereta, sekali gus menyelesai­kan masalah lalu lintas di kawasan terbabit.

Sementara itu, jurucakap MPSJ berkata, pihaknya akan berbincang dengan pemaju dalam masa terdekat untuk menyelesai­kan masalah berkenaan.

 ??  ?? BANGUNAN parkir bertingkat yang terbiar sejak lebih 20 tahun lalu.
BANGUNAN parkir bertingkat yang terbiar sejak lebih 20 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia