Harian Metro

Dengar masalah peniaga

-

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong meluangkan masa melawat penjaja di Pasar Desa Jaya, Kepong bagi mendengar masalah peniaga di situ.

Mah yang diiringi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan Syed Abdul Razak Alsagoff ke pasar itu sempena lawatan mesra Tahun Baru Cina yang bakal diraikan hujung minggu ini.

Pada majlis itu, Mah turut menyerahka­n peralatan memasak seperti sarung tangan, apron dan limau kepada lebih 100 peniaga.

Katanya, pendekatan turun padang berjumpa dengan rakyat adalah penting bagi setiap pemimpin kerana mereka boleh mengetahui dengan lebih tepat denyut nadi atau masalah yang dihadapi rakyat.

“Kita tidak akan memperkeci­lkan masalah rakyat dan yang penting bagaimana kita hendak membantu menyelesai­kan masalah mereka. Macam saya melawat hari ini, saya lihat walaupun tidak banyak masalah tetapi ada sedikit sebanyak yang perlu diatasi dan saya harap selepas ini ia boleh diselesaik­an dengan sebaik mungkin,” katanya.

“Puas saya mencari abah di kebun kerana motosikaln­ya ada di situ. Namun saya terkejut menemui tubuh abah tersembam di bawah pelepah pokok kelapa,” kata Tarmizi Mohamed Tamin, 26.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, bapanya Mohamed Tamim Bardan,

Sabak Bernam: Jenazah bapa kepada Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Limau jam 6.30 petang semalam.

Mohd Zohdi Abdullah, 73, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada jam 11.37 pagi semalam di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini.

Sebelum itu jenazah Allahyarha­m dibawa dari HTAJ ke kediamanny­a di Kampung Tebuk Haji Yusuf, Sungai Limau dan disembahya­ngkan di Masjid Hashimiah, Sungai Limau selepas solat Asar sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Limau.

Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, arwah bapanya dimasukkan ke hospital malam semalam selepas keadaannya semakin tenat.

“Penyakit arwah bapa saya mula serius sejak enam bulan lalu menyebabka­n tahap kesihatann­ya semakin menurun,” katanya di sini, semalam.

Mohd Zohdi yang juga bekas guru menerima pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Allahyarha­m meninggalk­an isteri, Fatona Saimin, 63, dan enam anak termasuk Budiman yang juga anak sulungnya.

 ??  ?? JENAZAH Mohd Zohdi disembahya­ngkan di Masjid Hashimiah Sungai Limau.
JENAZAH Mohd Zohdi disembahya­ngkan di Masjid Hashimiah Sungai Limau.
 ??  ?? MAH bersama Syed Abdul Razak (kiri) ketika mengadakan lawatan mesra ke medan selera Pasar Desa Jaya, Kepong.
MAH bersama Syed Abdul Razak (kiri) ketika mengadakan lawatan mesra ke medan selera Pasar Desa Jaya, Kepong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia