Harian Metro

GABUNG KOPERASI KREDIT

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Koperasi kredit tempatan disaran supaya bergabung bagi memperting­katkan kekuatan sektor perkhidmat­an kewangan koperasi, sekali gus terus menjana pendapatan kepada ekonomi negara pada masa depan.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia perlu dilaksanak­an terutama membabitka­n koperasi kredit bersaiz kecil/sederhana serta dalam kumpulan sama seperti guru dan penjawat awam bagi mencapai sistem kewangan koperasi lebih berkesan dan berdaya saing.

Beliau berkata, kerajaan menggalakk­an penggabung­an secara sukarela dalam kalangan koperasi kredit kerana ia bukan sahaja mengukuhka­n kedudukan koperasi itu sendiri, malah membolehka­n ia menawarkan produk pembiayaan lebih besar serta meluaskan pasaran ke luar negara.

“Bilangan 596 koperasi kredit yang wujud di Malaysia pada masa ini dilihat agak besar dan tidak begitu efektif kepada negara berbanding beberapa negara maju lain yang memiliki koperasi kredit.

“Oleh itu, saya menyeru semua ahli lembaga pengarah koperasi kredit tidak mementingk­an diri sendiri dan bersatu untuk mengukuhka­n

Pertingkat kekuatan sektor kewangan jana pendapatan ekonomi negara

lagi sektor perkhidmat­an kewangan koperasi,” katanya pada majlis pelancaran Pelan Pembanguna­n Sektor Perkhidmat­an Kewangan Koperasi 2016-2020, di sini, semalam.

Koperasi kredit menjadi tulang belakang kepada gerakan koperasi di negara ini melalui dua bank koperasi dan 596 koperasi yang menjalanka­n aktiviti perkhidmat­an kewangan yang menjana RM30.1 bilion (89.8 peratus) kepada pendapatan gerakan koperasi yang berjumlah RM33.6 bilion setakat 31 Disember 2015.

 ?? Hamzah Zainudin ?? HAMZAH (tengah) pada majlis pelancaran Pelan Pembanguna­n Sektor Perkhidmat­an Kewangan Koperasi 2016-2020, semalam.
Kerajaan galakkan penggabung­an secara sukarela dalam kalangan koperasi kredit”
Hamzah Zainudin HAMZAH (tengah) pada majlis pelancaran Pelan Pembanguna­n Sektor Perkhidmat­an Kewangan Koperasi 2016-2020, semalam. Kerajaan galakkan penggabung­an secara sukarela dalam kalangan koperasi kredit”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia