Harian Metro

Eksport diunjur naik 5 peratus

„ Malaysia, China meterai MoU teroka pasaran kandungan kreatif, kongsi pengalaman

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Malaysia dan China komited meneroka pasaran kandungan kreatif antara dua rakan dagang itu menerusi Memorandum Persefaham­an (MoU) yang dimeterai antara Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) dan China Interconti­nental Communicat­ion Co Ltd (CICC).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, industri kandungan kreatif menyumbang RM9.55 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 manakala eksport kandungan kreatif direkodkan RM6.8 bilion.

“Kerajaan mengiktira­f industri kandungan kreatif dalam Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transforma­si Ekonomi (ETP). Kami menjangkak­an eksport kandungan kreatif meningkat antara tiga hingga lima peratus tahun ini.

“Menerusi MoU ini, kami yakin ia mengukuhka­n industri kandungan kreatif negara terutama dengan inisiatif perkongsia­n pengalaman, pengetahua­n dan kepakaran dengan China,” katanya pada majlis penyerahan MoU antara Matrade dan CICC di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Dzulkifli Mahmud dan Naib Presiden CICC, Jing Shuiqing.

MoU itu adalah kerjasama pertama antara Malaysia dan China dalam mempromosi­kan dagangan kandungan kreatif antara kedua-dua negara. Ong berkata, MoU itu bakal menyaksika­n usaha sama pemain industri dari kedua-dua negara melaksanak­an pertukaran kandungan kreatif seperti perfileman, dokumentar­i, program televisyen dan permainan digital.

Menurutnya, China antara rakan dagangan terbesar Malaysia dan usaha sama ini dijangka mengukuhka­n hubungan dua hala berkenaan.

Beliau berkata, tahun lalu jumlah dagangan antara Malaysia dan China direkodkan AS$86.7 bilion (RM385 bilion) dan pihaknya mengunjurk­an peningkata­n kepada AS$100 bilion (RM444 bilion) seperti yang dicatatkan pada 2013.

“Tidak mustahil mencapai semula jumlah dagangan berkenaan dan antara langkah yang perlu diambil ialah dengan meneroka pasaran baharu seperti kandungan kreatif.

“MoU ini permulaan terbaik industri kandungan kreatif dan semua pemain harus mengambil peluang untuk menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

 ??  ?? ONG (tengah) menunjukka­n dokumen MoU dimeterai antara Matrade dan CICC sambil diperhatik­an Dzulkifli (kiri ) dan Jing (kanan), semalam.
ONG (tengah) menunjukka­n dokumen MoU dimeterai antara Matrade dan CICC sambil diperhatik­an Dzulkifli (kiri ) dan Jing (kanan), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia