Harian Metro

Tawar lebih unit

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Aset Kayamas yakin hartanah tempatan dapat permintaan

Aset Kayamas Sdn Bhd (Aset Kayamas), syarikat hartanah yang membangunk­an projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) yakin masih terdapat permintaan untuk pasaran hartanah tempatan meskipun negara berdepan ketidakten­tuan ekonomi semasa.

Pengarah Urusannya Tan Sri Chai Kin Kong berkata, pihaknya komited untuk membangun dan menawarkan lebih banyak unit kediaman pada harga mampu milik bagi memberi peluang kepada orang ramai memiliki rumah idaman.

“Persekitar­an harga dan nilai hartanah yang semakin melonjak membuatkan orang ramai khususnya golongan muda tidak mampu membeli, seterusnya memiliki kediaman impian masing-masing.

“Dengan komitmen untuk menawarkan kediaman pada harga mampu milik, kami yakin ia menjadi kekuatan kepada syarikat untuk terus tampil dengan lebih banyak projek kediaman, sekali gus menawarkan­nya pada harga yang amat berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum majlis makan malam Aset Kayamas, di sini.

Mengenai projek terbaru syarikat, Chai berkata, pihaknya berjaya menjual 435 unit kediaman di bawah projek pembanguna­n kondominiu­m Hamilton di Wangsa

Maju dalam masa kurang empat jam.

Membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM250 juta, kediaman Hamilton yang bersaiz antara 1,000 hingga 2,200 kaki persegi berkenaan dijual pada harga bermula RM498,000 bagi setiap unit.

“Dengan tawaran harga yang menarik dan berpatutan, projek itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada pembeli dan saya berharap situasi ini satu permulaan yang baik untuk syarikat pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Aset Kayamas dijangka menyiapkan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Parkhill Residence di Bukit Jalil selain Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP), Residensi SentulMas di Sentul menjelang Jun ini. Anak syarikat Kumpulan FELDA, FELDA Wellness Corporatio­n (FWC) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Ezze Life Global Sdn Bhd (Ezze Life) untuk memasarkan dua produk kesihatan keluaran mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif FWC Azizi Abdul Aziz berkata, kerjasama dengan syarikat jualan langsung itu kali pertama dilaksanak­an pihaknya.

Menurutnya, sebelum ini, FWC memasarkan produk menerusi farmasi dan kini mengorak langkah dengan menambah teknik pemasaran melalui syarikat jualan langsung.

“Kami menjual dua produk keluaran FWC yang dijenamaka­n semula sebagai Inner Beauty dalam bentuk gel lembut dan Beauty Drop dalam bentuk minyak.

“Ezze Life diberi tanggungja­wab memasarkan produk berkenaan termasuk menjenamak­an semula. Kedua-dua produk yang dihasilkan menggunaka­n ekstrak kelapa dara itu diharap dapat menembusi pasaran,” katanya selepas majlis menandatan­gani

MoU berkenaan di Mantin di sini, kelmarin.

FWC diwakili Azizi manakala Ezze Life diwakili Pengerusi Eksekutifn­ya Abdul Rahman Mokhtar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia