Harian Metro

PDB beri tumpuan tiga portfolio

-

Kuala Lumpur: Petronas Dagangan Berhad (PDB) berhasrat memberi tumpuan kepada tiga portfolio utama perniagaan­nya iaitu peruncitan, komersial dan perkhidmat­an yang menjadi strategi bagi meningkatk­an pertumbuha­n.

Tahun lalu, PDB memberi fokus kepada portfolio perniagaan runcit kerana masih banyak ruang untuk dipertingk­atkan bagi memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata, pada tahun ini, PDB bercadang membuka antara 10 hingga 15 cawangan baru di seluruh negara.

Beliau berkata, stesen baru itu menambah kepada lebih 1,000 cawangan sedia ada dan dibangunka­n secara berperingk­at, namun jumlah perbelanja­an modal bagi tujuan itu tidak dapat diumumkan buat masa ini.

“Tahun ini kita terus memberi tumpuan dan merangka strategi untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan terutama di kedai serbaneka, Mesra dan kawasan pekarangan yang boleh digunakan orang ramai.

“Selain itu, dari tahun ke tahun, fokus PDB terbahagi kepada ketiga-tiga portfolio berkenaan dan tahun ini, tumpuannya masih sama seperti tahun terdahulu,” katanya selepas melancarka­n Kempen Petronas Coffee Break, di sini, semalam.

Kempen Petronas Coffee Break yang diadakan buat kali ke-18 pada tahun ini diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

PDB menerusi 121 stesen miliknya di sepanjang lebuh raya utama akan memberi 600,000 cawan kopi dan makanan ringan secara percuma kepada pelanggan pada 28 hingga 31 Januari dari jam 2 petang sehingga stok masih ada.

Sempena kempen itu, PDB turut menaja bahan api kepada 50 ambulans milik St John Malaysia bagi memudahkan pihak berkenaan membantu orang ramai ketika kecemasan. Selain itu terdapat juga aktiviti seperti penyelengg­araan kenderaan serta tip keselamata­n pemanduan disediakan.

 ??  ?? MOHD Ibrahimnud­din (empat dari kiri) pada pelancaran Kempen Petronas Coffee Break, semalam.
MOHD Ibrahimnud­din (empat dari kiri) pada pelancaran Kempen Petronas Coffee Break, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia