Harian Metro

Lelaki menangis tertekan didesak berkahwin

-

(China): Dua anggota polis di bandar ini terpaksa menjadi kaunselor bagi menasihati seorang lelaki yang terlalu tertekan selepas ibu bapanya memaksa dia mencari calon isteri pada sambutan Tahun Baru Cina ini.

Rakaman video yang menunjukka­n anggota polis memberi nasihat dan dorongan kepada lelaki yang dikenali sebagai Li itu turut disiarkan di media di China.

Lelaki itu ditemui anggota polis berkenaan dalam keadaan mabuk dan menangis di stesen kereta api di bandar itu.

Li, 27, memberitah­u polis, dia tertekan selepas ibu bapanya mahu dia berkahwin dengan segera.

Dia bertambah tertekan selepas ibunya sudah mengaturka­n pertemuan dengan beberapa wanita sebagai calon isteri apabila dia pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina ini.

“Saya menghampak­an kedua-dua ibu bapa saya. Pada usia 27 tahun, saya masih belum berkahwin.

“Saya pernah mempunyai teman wanita sebelum ini tetapi dia sudah meninggalk­an saya,” katanya.

Katanya, dia kecewa selepas ibu bapanya sendiri yang membantuny­a mencari jodoh.

“Saya mahu mencari bakal isteri saya sendiri dan tidak mahu perkahwina­n dirancang keluarga,” jelasnya.

Selepas diberi kata-kata perangsang oleh anggota polis dan secawan kopi panas, akhirnya emosi Li tenang dan dia menaiki kereta api untuk pulang ke rumahnya.

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa di China memberi tekanan kepada anak mereka untuk berkahwin terutama sekali ketika cuti panjang apabila mereka pulang ke kampung.

Namun, statistik di China menunjukka­n ramai pasangan yang berkahwin muda di negara itu berakhir dengan perceraian. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n anggota polis memujuk seorang lelaki yang menangis kerana tertekan akibat didesak berkahwin. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n anggota polis memujuk seorang lelaki yang menangis kerana tertekan akibat didesak berkahwin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia