Harian Metro

Rizieq disiasat polis

„ Dituduh fitnah mata wang kertas baru rupiah ada lambang komunis

- Agensi

Pengasas dan pemimpin Barisan Pembela Islam (FPI), Rizieq Shihab disoal siasat polis Jakarta semalam selepas didakwa menghina mata wang rupiah dalam satu ceramahnya, baru-baru ini.

Rizieq tiba di Ibu Pejabat Polis Jakarta kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) dan dibawa ke jabatan siasatan jenayah khas untuk soal siasat.

Pemimpin itu disoal siasat berhubung ceramahnya yang tersebar di media sosial mendakwa wang kertas rupiah yang baru mempunyai gambar tukul dan sabit, yang dikaitkan dengan logo komunis.

Rizieq disiasat polis selepas satu kumpulan yang dikenali sebagai Jaringan Ilmiah Muda Antifitnah (Jimaf) membuat laporan polis mendakwa pemimpin itu menghina mata wang Indonesia.

Gabenor Bank Indonesia (BI), Agus Martowardo­yo sebelum ini menafikan dakwaan Rizieq dan memberitah­u, logo hologram itu direka seperti itu bagi melindungi wang itu daripada pemalsuan.

Beratus-ratus penyokong FPI turut berhimpun di depan Ibu Pejabat Polis Jakarta itu bagi memberi sokongan kepada pemimpin mereka.

Rizieq disoal siasat selama empat jam sebelum dia dibebaskan.

Ketika bertemu wartawan, Rizieq menegaskan bahawa dia tidak memfitnah wang kertas rupiah baru berkenaan.

“Saya selesai disoal siasat dan diajukan sebanyak 23 soalan.

“Saya tegaskan bahawa saya tidak memfitnah atau menuduh. Saya juga tunjukkan semua wang kertas sebagai bukti,” katanya.

Rizieq mempersoal­kan keputusan BI memilih logo hologram yang boleh mengeliruk­an orang ramai itu.

“Ada ribuan logo tetapi mengapa BI memilih logo yang boleh memberi persepsi menyerupai gambar tukul dan sabit. Ini sangat bahaya,” tegasnya.

 ??  ?? ANGGOTA FPI duduk di hadapan Ibu Pejabat Polis Jakarta bagi memberi sokongan kepada pemimpin mereka yang disoal siasat polis. - EPA
ANGGOTA FPI duduk di hadapan Ibu Pejabat Polis Jakarta bagi memberi sokongan kepada pemimpin mereka yang disoal siasat polis. - EPA
 ??  ?? RIZIEQ menunjukka­n risalah mengenai wang kertas baru rupiah kepada wartawan selepas keluar dari Ibu Pejabat Polis Jakarta semalam. - Detik.com
RIZIEQ menunjukka­n risalah mengenai wang kertas baru rupiah kepada wartawan selepas keluar dari Ibu Pejabat Polis Jakarta semalam. - Detik.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia