Harian Metro

Penggemar ‘jallikattu’ serang balai polis

-

New Delhi: Penggemar sukan tradisiona­l menundukka­n lembu jantan di India menyerang sebuah balai polis dengan membaling batu dan membakar beberapa kenderaan kerana berang diusir dari pantai tempat mereka memprotes pengharama­n permainan itu sejak minggu lalu.

Permainan dinamakan jallikattu itu menyaksika­n lembu jantan dilepaskan dalam kumpulan orang ramai yang mengejar dan cuba menunggang­nya.

Permainan itu popular di Tamil Nadu tetapi diharamkan mahkamah tertinggi India pada 2014 kerana dianggap menzalimi haiwan.

Acara jallikattu bagaimanap­un dibenarkan diteruskan menerusi perintah eksekutif, Ahad lalu, tetapi penunjuk perasaan tetap mengadakan bantahan di pantai berkenaan untuk mendesak pengharama­n itu terus dihapuskan.

Anggota polis yang hanya dikenali sebagai Balakrishn­an berkata, pihaknya mengusir ribuan penunjuk perasaan dianggarka­n seramai 7,000 orang - di pantai Marina yang enggan meninggalk­an kawasan itu di Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.

Jalan ke pantai berkenaan turut ditutup polis. Penunjuk perasaan yang hanya dikenali sebagai Gayatri mendakwa polis menggunaka­n gas pemedih mata dan cota untuk mengusir mereka.

Rangkaian berita CNN News India melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera dalam pertempura­n dengan polis.

Polis juga bermasalah mengusir hampir 2,000 orang yang sehingga lewat semalam membentuk rantai manusia malah ada antara mereka berdiri di dalam air dan enggan berganjak.

Sementara itu, Press Trust of India melaporkan, dua lelaki mati ditanduk lembu manakala puluhan lain cedera di Rapoosal dalam acara jallikattu, kelmarin.

Aktivis hak asasi haiwan menyelar jallikattu sebagai menzalimi haiwan yang kerap ditabur serbuk cili dan mengalami kecederaan termasuk patah ekor ketika cuba ditarik orang ramai yang mahu menunggang mereka.

Perintah eksekutif yang dikeluarka­n membenarka­n sukan itu diteruskan tetapi hanya berkuat kuasa selama enam bulan. - AP

 ??  ?? PENUNJUK perasaan menyokong jallikattu saling berpaut untuk menghalang polis mengusir mereka dari Pantai Marina. - AP
PENUNJUK perasaan menyokong jallikattu saling berpaut untuk menghalang polis mengusir mereka dari Pantai Marina. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia