Harian Metro

Nadal bangkit Swafford julang kejuaraan CareerBuil­der

- AFP

„ Mara suku akhir selepas pertarunga­n sengit empat set menentang Monfils

Los Angeles: Hudson Swafford akhirnya menyertai kelompok juara semalam selepas melakukan lima bawah par 67 memberikan kelebihan satu pukulan untuk menjuarai kejohanan Cabaran CareerBuil­der dalam Jelajah PGA.

Pemain Amerika Syarikat berusia 29 tahun itu mencatat tiga birdie dalam empat lubang terakhir untuk meraih kejuaraan sulung Jelajah PGA AS selepas mencuba 93 kali.

(gambar)

R(gambar)

afael Nadal mempamerka­n kebangkita­n untuk menghalang kemaraan Gael Monfils dalam aksi empat set sekali gus mara ke suku akhir Grand Slam pertama sejak 2015 di Terbuka Australia semalam.

Nadal pilihan kesembilan kejohanan yang juga juara 14 Grand Slam, mengatasi pilihan keenam Monfils 6-3, 6-3, 4-6, 6-4 di Arena Rod Laver dalam tempoh hampir tiga jam dan akan menentang pemain nombor tiga dunia dari Kanada Milos Raonic pada suku akhir.

“Ini impian menjadi kenyataan,” kata Swafford.

“Saya tidak leka, tidak melihat kepada papan markah, tidak tahu di mana kedudukan saya.”

Dia mengumpul 20 bawah par 268 keseluruha­n untuk mendahului satu pukulan berbanding pemain Kanada Adam Hadwin, yang menamatkan saingan dengan 70 pukulan sehari selepas mencatat 13 bawah par 59 pada pusingan ketiga di La Quinta

Pemain Sepanyol itu mempamerka­n semangat enggan menyerah kalah dan biarpun hampir membawa ke set kelima dia berjaya mematahkan servis Monfils sebanyak dua kali sebelum meraih kemenangan.

Juara 2009 itu mara ke suku akhir di Melbourne buat kali kesembilan dan ia yang pertama buatnya sejak Terbuka Perancis 2015.

“Saya amat gembira berada di suku akhir Grand Slam selepas beberapa tahun tidak berada di sana,” katanya.

“Ia sesuatu yang istimewa buat saya terutamany­a di Australia kerana saya menganggap­nya seperti rumah sendiri.”

Katanya lagi: “Gael pemain istimewa. Dia mampu membuat pukulan luar biasa. Seronok dapat melihatnya di puncak ranking.”

Ia kemenangan pertama Nadal ke atas pemain 10 ranking teratas dalam kejohanan Grand Slam sejak menewaskan pemain nombor dua Novak Djokovic untuk menjuarai gelaran itu di Roland Garros pada 2014 yang juga kemenangan Grand Slam terakhirny­a.

Dia akan ke aksi suku akhir Terbuka Australia dengan rekod kemenangan 6-2 ke atas Raonic dalam pertemuan sebelumnya.

 ??  ?? MONFILS
MONFILS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia