Harian Metro

Serena tampil garang

-

Melbourne:

Williams meneruskan misi memburu rekod gelaran Grand Slam dan kembali ke ranking nombor satu dunia apabila mara ke suku akhir Terbuka Australia tanpa tewas sebarang set.

Sehari selepas juara bertahan dan pilihan utama Angelique Kerber tersingkir, Serena menewaskan Barbora Strycova 7-5, 6-4 untuk pertemuan lapan pemain terakhir menentang pemain Britain Johanna Konta.

Jagoan Amerika Syarikat itu akan menikmati lebih daripada kejuaraan di Melbourne yang mana dia mampu mengatasi rekod 22 gelaran Grand Slam yang dicatat Steffi Graff pada era kejohanan Terbuka dan menamatkan penguasaan seketika Angelique sebagai

Serena

(gambar)

Country Club berhampira­n Palm Springs, California.

Bud Cauley dan Brian Harman masing-masing melakukan 69 pukulan dan menamatkan saingan berkongsi tangga ketiga dengan 18 bawah par 270 keseluruha­n.

Swafford berada dalam tahun keempat Jelajah dan tidak pernah menamatkan saingan lebih tinggi daripada berkongsi tangga kelapan.

Menerusi lima kejohanan musim ini, penamat terbaiknya adalah berkongsi tangga ke-13 pada kejohanan Terbuka Sony minggu lalu. AFP pemain nombor satu dunia.

Berdepan cuaca panas, Serena berjaya mengatasi kesungguha­n Barbora dengan dua set, mengikut jejak kakaknya Venus ke suku akhir dan berada di landasan untuk kemungkina­n kedua-dua beradik itu bertemu di final.

“Saya tidak rugi apa-apa dalam kejohanan ini,” kata Serena, 35. “Segala-galanya di sini adalah bonus buat saya. Jelas sekali saya berada di sini untuk menang. Saya harap dapat bermain lebih baik dan mara lebih jauh.”

Johanna, pilihan kesembilan turut mara dalam kelompok lapan terbaik dengan rekod sempurna selepas meraih kemenangan meyakinkan ke atas pemain Russia Ekaterina Makarova.

Biarpun berdepan tugas besar, Johanna yang teruja dapat menentang Serena, idolanya sewaktu kecil dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Australia buat tahun kedua berturut-turut.

“Saya tidak sabar menanti cabaran ini dan tidak sabar berada di gelanggang dengannya dan bertanding menentangn­ya,” kata pemain berusia 25 tahun itu. -AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia