Harian Metro

COSTA KEMBALI LEBIH MANTAP

- AFP

London

Pengurus Chelsea Antonio Conte menyatakan pasukannya kini mempamerka­n kesepakata­n apabila Diego Costa menjaringk­an satu gol sebaik kembali ke padang untuk menewaskan Hull City 2-0.

Costa yang tidak beraksi ketika Chelsea menewaskan Leicester City 3-0 dengan laporan menyatakan dia tidak senang duduk dengan tawaran lumayan dari China, meraikan gol pembukaan awal pagi semalam dengan gaya tangan seperti mengajuk kata-kata media.

Conte mendakwa tidak melihat apa yang dilakukan Costa, namun dengan kejayaan Chelsea mendahului lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris, beliau percaya perkara itu lenyap begitu saja.

“Secara jujur saya tidak melihatnya kerana meraikanny­a di bangku pemain,” kata Conte.

“Apabila kami menjaringk­an gol, ada kalanya gaya saya meraikan gol boleh membahayak­an kakitangan saya! Justeru adalah penting untuk menjaringk­an gol dan meraikan dengan apa saja cara.

“Adalah penting buat Diego bermain dengan baik dan saya harap perlawanan ini akan melenyapka­n spekulasi terhadapny­a, Chelsea, mengenai saya dan dia.

“Ini adalah kerana kami membuktika­n pasukan ini mempunyai ikatan yang kukuh dan inilah nilai sebenarnya kerana kami berada di puncak liga.”

Costa menjaringk­an gol tujuh minit pada masa kecederaan babak pertama dengan masa tambahan diberikan berikutan kecederaan kepala dialami pemain Hull Ryan Mason, untuk jaringan ke-15 musim ini hasil hantaran Victor Moses.

Dikhabarka­n Mason menjalani pembedahan kerana retak di bahagian tempurung kepala.

Spekulasi mengenai Costa tidak mungkin akan lenyap begitu saja tetapi Conte mengakui beliau lebih bimbang dengan misi mempertaha­nkan kedudukan Chelsea daripada memikirkan mengenai masa depan penyerangn­ya itu.

Ditanya sama ada kontrak baru Costa akan membantu mengetepik­an khabar angin itu, Conte menjawab: “Saya tidak tahu. Keputusan ini perlu dibincang bersama dengan

„ Conte yakin persefaham­an pemain kian kukuh selepas benam Hull City

pihak kelab.

“Namun saya ulangi: Dia amat gembira untuk kekal bersama kami dan bermain mewakili Chelsea. Bagi kami buat masa ini adalah penting untuk memberi tumpuan terhadap masa kini dan tidak memandang terlalu jauh.

“Jika kami mula melihat terlalu jauh, kami mungkin kehilangan masa kini. Masa kini lebih penting daripada masa depan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia