Harian Metro

‘Rooney tetap idolaku’

-

London: Arsene Wenger memuji kemenangan dramatik Arsenal ke atas Burnley 2-1 sebagai bukti mereka mempunyai kemampuan mengejar pendahulu Chelsea dalam perburuan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Skuad Wenger hampir mengalami kekecewaan di Stadium Emirates kelmarin selepas bolos gol penyamaan pada

minit terakhir.

Selepas mendahului menerusi jaringan sulung Shkodran Mustafi buat kelab itu, Arsenal menyaksika­n Granit Xhaka dibuang padang kerana mengasari lawan sebelum Andre Gray meledak penalti sejurus Francis Coquelin mengasari Ashley Barnes.

Wenger kemudianny­a diarahkan pergi ke bangku penonton selepas bertelagah dengan pegawai keempat Anthony Taylor, yang antara lain turut menyebabka­n pengurus kelahiran Perancis itu menolak Taylor.

Arsenal bagaimanap­un masih mampu merampas mata apabila Alexis Sanchez menjaringk­an penalti menerusi sepakan terakhirny­a apabila kepala Laurent Koscielny ditendang Ben Mee. Stoke-on-Trent, England: Jesse Lingard mungkin melihat dirinya sebaris Wayne Rooney di bangku simpanan Manchester United tetapi bagi penyerang itu, penjaring terbanyak kelab itu masih menjadi idolanya.

Rooney mengatasi jumlah jaringan Bobby Charlton iaitu 249 gol buat United apabila sepakan percumanya yang melencong pada saat terakhir memastikan pasukan mereka seri 1-1 dengan Stoke City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu.

Jaringan ke-250 Rooney sepanjang karier gemilangny­a di United hanyalah yang kelima buat pemain berusia 31 tahun itu sepanjang musim ini dan ia satu peringatan terhadap kelas tersendiri dimiliki penyerang itu selepas diletakkan sebagai pemain simpanan sepanjang musim ini.

Pengurus United Jose Mourinho beralih kepada penyerang muda seperti Lingard dan Marcus Rashford begitu juga kapten veteran England Rooney, di mana ketiga-tiganya tampil daripada bangku simpanan ketika United memburu gol penyamaan di Stadium Britannia.

Namun Rooney mendapatka­n mata yang dicari dan mengekalka­n rekod tanpa kalah United kepada 17 perlawanan semua pertanding­an dan memecahkan rekod 44 tahun yang dicatat legenda England, Charlton.

“Ia satu rekod cemerlang dan bagi penyerang muda, Wayne adalah contoh terbaik bagi mereka dan kami melihatnya sebagai seorang pemimpin hebat dan idola,” ujar Lingard, 24.

“Perasaan bercampur-baur selepas itu tapi kami sedar ia satu rekod hebat dicatatkan Wayne dan standard hebat yang perlu diikuti pemain muda.

“Ia satu penyudah yang hebat. Jika kami bermain lebih lama, sudah pasti kami akan menang. Kami mencipta banyak peluang sepanjang perlawanan tapi itulah bola sepak.” - AFP

 ??  ?? ROONEY
WENGER
LINGARD
ROONEY WENGER LINGARD
 ??  ??
 ??  ?? WENGER (tengah) dibuang padang oleh Moss (kiri).
WENGER (tengah) dibuang padang oleh Moss (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia