Harian Metro

Rahmad tagih khidmat Samassa

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Ketua jurulatih T-Team Rahmad Darmawan mengharapk­an penggempur utama skuad itu Mamadou Samassa mampu pulih sepenuhnya daripada kecederaan sebelum aksi menentang Pahang Jumaat ini di Kuantan.

“Mamadou mengalami kecederaan di bahagian paha ketika aksi persahabat­an bertemu Terengganu City sebelum aksi liga bermula, kami berharap pemain itu mampu kembali pulih menjelang pertemuan dengan Pahang.

“Selain itu kami juga harap pemain yang mampu beraksi di jentera tengah itu perlu bijak membentuk gandingan yang lebih mantap bersama seorang lagi pemain import dari Uzbekistan

(gambar)

Farhod Tadjiev dalam misi merobek gawang lawan,” kata Rahmad.

Pada aksi bertemu Sarawak di Kuala Terengganu Sabtu lalu, pemain kelahiran Mali yang pernah beraksi bersama kelab Marseille dalam Liga Perancis hanya menjadi penonton selepas dinasihatk­an doktor supaya berehat untuk mengelak kecederaan lebih serius.

Mengulas lanjut, jurulatih dari Indonesia itu bagaimanap­un tidak mahu memaksa pemain itu beraksi bertemu Pahang dalam aksi kedua itu jika sekiranya doktor perubatan memaklumka­n pemain itu belum cergas sepenuhnya.

“Kami tidak mahu mengambil risiko, justeru kami akan serahkan kepada doktor perubatan untuk menentukan status pemain itu sama ada boleh beraksi atau sekadar menjadi penonton,” katanya.

Rahmad berkata, jika Samassa tidak dapat beraksi bertemu pasukan Tok Gajah itu, beliau tidak terlalu gusar kerana Tadjiev dan pemain tempatan mampu bertindak dengan baik seperti yang dibuktikan hingga berjaya mendominas­i permainan ketika bertemu Sarawak.

Musim lalu T-Team yang tidak diletakkan sebagai pasukan utama berbanding skuad ‘abang’ Terengganu berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum disingkirk­an oleh Selangor.

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? ASTAFIE
MINEIRO
FOTO: OSMAN ADNAN ASTAFIE MINEIRO
 ??  ?? SAMASSA (kiri) cedera ketika aksi persahabat­an sebelum liga bermula.
SAMASSA (kiri) cedera ketika aksi persahabat­an sebelum liga bermula.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia