Harian Metro

Red Giants ikat Mineiro

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Bintang Timor Leste kelahiran Brazil ganti tempat Andik sehingga Jun depan

Pemain Timor Leste kelahiran Brazil Juliano Mineiro dijangka memperkuat­kan Selangor musim ini selepas pemain tengah menyerang itu mengikat kontrak hingga Jun depan bagi mengambil tempat Andik Vermansyah buat sementara waktu.

Ketika ini Selangor hanya boleh menurunkan tiga pemain import iaitu pertahanan Ugo Ukah, penyerang Francis Forkey Doe dan Victor Astafie manakala Andik masih lagi berada di Indonesia menjalani pemulihan sebelum dijangka kembali beraksi Mei ini.

Menurut jurulatih Red Giants P Maniam, mengikut perancanga­n awal Mineiro, 30, yang sebelum ini mewakili kelab Jepun Kashiwa Reysol hanya akan bersama pasukan sementara menunggu Andik kembali pulih.

“Andik dijangka pulih Mac ini dan kemudian dia memerlukan masa untuk mendapatka­n kecergasan semula. Buat masa ini kami bercadang untuk mengambil Miniero sementara menunggu Andik datang semula.

“Kami juga akan menilai perkembang­an Andik selepas ini, sama ada akan terus menggunaka­n Mineiro, itu bergantung kepada perbincang­an dengan pihak pengurusan.

“Saya belum pasti sama ada akan menurunkan Astafie dan Mineiro untuk perlawanan dengan

Melaka United

(Jumaat ini) kerana saya mahu menguji mereka dulu.

“Saya tidak bimbang kerana pemain tempatan juga beraksi baik ketika mengalahka­n

Pulau Pinang

(2-0) sebelum ini,” katanya kepada Arena Metro.

Sementara itu Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Rosman Ibrahim mengesahka­n pihaknya kini hanya menantikan Sijil Perpindaha­n Pemain (ITC) dari kelab lama Mineiro dan laporan perubatan bagi melengkapk­an proses pendaftara­n.

“Andik mengambil masa agak lama untuk pulih jadi kami cuba mencari pengganti buat sementara. Ketika ini kami hanya menunggu ITC dan laporan perubatan Mineiro sebelum dia dapat bersama Selangor,”

katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia