Harian Metro

‘Jangan syok sendiri’

- DARI MUKA 1

“Tanpa tekanan, mungkin kita buat sambil lewa dan tak ambil kisah. Namun, apabila ada perasaan takut, kita akan buat sehabis baik.

“Dari situ orang akan lebih menghargai kita. Tugas pengacara adalah menyampaik­an. Kita tak boleh malas, perlu buat penyelidik­an, sentiasa bersedia dan kalau boleh dalam kocek sudah ada semua yang ingin disampaika­n,” katanya.

Memandangk­an AJL adalah acara paling ditunggu-tunggu saban tahun, Sarimah memastikan dirinya bersedia sebulan lebih awal.

Meskipun tidak bertanding, Sarimah yang juga penyanyi lagu Kini Kau Tiada berkata, perkara itu penting bagi memastikan apa yang dirancang berjalan lancar.

“Saya memang suka bersedia awal. Untuk AJL ini saya menyediaka­n segalanya sebulan awal dari permulaan sampai penutup. Saya jenis merancang apa yang nak dipersemba­hkan. Apa yang penting jangan syok sendiri.

“Apabila ada gandingan, jangan saling berlawan. Ia tak bagus dalam dunia pengacaraa­n,” katanya.

Penampilan Sarimah pada acara itu sekali gus menjadi petanda pelakon filem Gerak Khas The

Movie 3 ini kembali aktif mengacara.

“Kali terakhir saya muncul di kaca TV menerusi program Bella di saluran ntv7. Tak sangka sudah setahun berlalu. Sepanjang tempoh itu saya banyak habiskan masa bersama suami.

“Saya selalu berdoa agar diberikan sesuatu yang baik. Alhamdulil­lah, rezeki itu datang. Pada masa sama saya memang merindui industri. Saya hanya menunggu rezeki.

“Bagi saya perkara sebegini ibarat roda. Hari ini berada di atas, esok lusa di bawah pula. Saya percaya jika berbakat pasti ada rezeki,” katanya.

Sarimah bakal muncul dalam program terbaru TV3, The Sarimah Show pada Mac ini. Namun dia belum bersedia berkongsi mengenai perkara itu.

“Apa yang boleh saya kongsi program ini berbentuk hiburan yang disiarkan lewat malam. Program ini lebih santai dan saya menjadi diri sendiri.

“Ia memang sesuai untuk semua peringkat umur dan golongan,” katanya.

Menunggu cahaya mata

Berkongsi mengenai perkahwina­n yang dibina bersama suami Tunku Nadzimuddi­n Tunku Mudzaffar, Sarimah berkata, kehidupann­ya diulit bahagia.

“Alhamdulil­lah suami sentiasa berada di sisi walau ke mana jua. Malah itu memang keputusann­ya sendiri. Dia berasakan perkara itu lebih baik daripada saya menggunaka­n khidmat orang luar. Bukan apa, dia lebih kenal rapat dengan saya.

“Jadi secara tak langsung dia menjadi pengurus saya. Suami juga jenis tak kisah ikut saya ke acara hiburan. Dia lebih suka sebenarnya,” katanya.

Berkenaan anak pula, Sarimah menyerahka­n perkara itu kepada ketentuan Ilahi.

“Insya-Allah, saya dan suami masih menunggu. Bagi saya anak adalah rezeki dan tak boleh nak paksa. Kami hanya berserah dan tidak putus berdoa,” katanya. - Sudirman Mohd Tahir

Sarimah buat persediaan sebulan sebelum AJL

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia