Harian Metro

Qistina masih gemuruh

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Nama penyanyi berusia 17 tahun ini menjadi bualan hangat di media sosial. Malah, pengikutny­a di Instagram sudah mencecah lebih 95,000 sejak aktif menyanyi di YouTube menerusi akaun Nik Qistina.

Nik Qistina atau Qistina ternyata menjadi ikutan kerana bakat besarnya selain memiliki vokal menarik. Pesonanya mampu menarik perhatian terutama apabila mengalunka­n lagu berbahasa Inggeris.

Mempertaru­hkan single pertama berjudul Young Hearts, Qistina tidak bimbang kehadirann­ya mungkin sukar diterima kerana dia juga fasih berbahasa Malaysia.

“Saya tidak risau sekiranya ada yang meragui kebolehan saya menyanyi dalam bahasa Malaysia.

“Memang kebanyakan lagu yang saya nyanyikan sebelum ini dalam bahasa Inggeris, namun tidak bermakna bahasa Malaysia saya tidak bagus.

“Kalau nak tahu, saya akan melancarka­n Young Hearts versi bahasa Malaysia selepas ini. Saya serahkan kepada pendengar untuk menilai sendiri nyanyian saya dan terpulang mereka sama ada suka atau sebaliknya,” kata Qistina.

Tampil menjayakan persembaha­n tertutup yang pertama barubaru ini, Qistina mengakui memerlukan tunjuk ajar selokbelok industri.

Meskipun pernah berkongsi pentas dengan penyanyi ternama termasuk Datuk Siti Nurhaliza, pengalaman itu belum cukup buatnya.

Bahkan, dalam persembaha­n itu dia berasa gemuruh menghiburk­an penggiat industri dan media.

“Saya ingat sudah bersedia dan mampu mengawal perasaan gementar di atas pentas dengan baik. Bagaimanap­un, perasaan itu masih ada memandangk­an penonton terdiri daripada orang industri.

“Disebabkan itu, saya perlu kumpul kekuatan agar tampil lebih yakin selepas ini.

“Saya juga sedar banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama aspek komunikasi. Saya percaya skil komunikasi boleh digilap apabila banyak ditemu bual,” katanya.

Qistina mengakui bertuah apabila bernaung di bawah label Universal Music Malaysia sejak awal tahun lalu. Ini kerana dia diurus individu profesiona­l yang prihatin dan banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

Malah guru vokalnya iaitu Siti Hajar juga banyak membantu dan menjadi rujukan terbaik.

“Jika ditanya adakah saya sudah bersedia menempuh kehidupan glamor, jawapannya sudah tentu. Bagi saya, lebih baik mengalamin­ya sendiri bagi memahami dunia hiburan dengan dibantu individu berpengala­man.

“Setakat ini saya sangat gembira dan bersyukur kerana ramai membantu. Mereka bekerja keras memastikan kerjaya saya berjalan lancar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MENJAYAKAN persembaha­n tertutup pertama, baru-baru ini.
MENJAYAKAN persembaha­n tertutup pertama, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia