Harian Metro

Mahu cuba banyak perkara

-

Kalau sebut nama Eleena Harris, pengikut muzik tanah air akan lebih mengenalin­ya menerusi lagu Terlalu Rindu yang menjadi antara lagu paling kerap dimainkan di stesen radio.

Rentak, lirik dan lantunan vokal Eleena ternyata memberikan ‘mood’ yang sangat ceria kepada pendengar.

Mana tidaknya, genre pop dibawanya sesuai dengan usianya yang masih muda.

Selepas berjaya mencuri tumpuan ramai dengan Terlalu Rindu, Eleena muncul pula dengan single duetnya bersama Mark Adam, Hanya Dirimu.

Berbanding Terlalu

Rindu yang lebih moden, Hanya Dirimu membawa pendengar dan peminatnya kembali ke zaman muzik pop yeh yeh.

Bagaimanap­un, mesej yang ingin disampaika­n menerusi lagu ini masih kena dengan jiwa remaja hari ini.

Dalam album yang memuatkan tujuh lagu ini, Eleena turut menampilka­n beberapa lagu lain antaranya Alangkah Gembira, Seperti Kau, Bahagiakan­ku, Iya

Iya dan satu lagu berbahasa Inggeris, My Heart.

Apa yang menarik, My Heart menampilka­n satu single penuh berbahasa Inggeris dan masih bercerita mengenai kisah cinta.

Tidak hanya menampilka­n lagu rancak, pendengar juga mempunyai alternatif apabila lagu Bahagiakan­ku disajikan dalam rentak lebih perlahan.

Sedikit sebanyak pendengar dapat mendengar sendiri kemampuan vokal penyanyi berusia 21 tahun ini tatkala melantunka­n lagu ini.

Tidak hanya mampu menyanyi, Eleena juga turut dikenali dengan bakatnya dalam mencipta lagu.

Dalam usia yang masih muda, Eleena mengakui mahu mencuba banyak perkara baru bagi mengukuhka­n namanya dalam industri muzik.

“Saya gabungkan beberapa genre dalam album ini antaranya pop, reggae dan balada. Tapi secara peribadi, genre kegemarans­ayaadalah lagu rancak yang sesuai dengan jiwa dan personalit­i saya.

“Saya hasilkan lagu sejak di bangku sekolah dan semuanya disimpan dalam koleksi. Tak pernah saya sangka yang lagu itu boleh direalisas­ikan menjadi lagu komersial,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia