Harian Metro

Tangisan Siti depan 200 peminat

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Terharu dengan kesungguha­n ditunjukka­n dalam program sempena ulang tahun ke-13 Siti Zone

Hari terakhir perjumpaan kelab peminat penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Zone di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis, Pahang bermula Jumaat hingga kelmarin bertukar sayu apabila penyanyi itu menangis di depan hampir 200 peminat.

Semuanya disebabkan persembaha­n kejutan yang dilakukan peminat menerusi lagu Inspirasi nyanyian asal Faizal Tahir dan Hafiz Suip.

“Anda semua

‘jahat’ sebab buat saya menangis. Apa yang anda persembahk­an ini sesuatu yang sangat bermakna. Terima kasih di atas kasih sayang dan sokongan anda kepada saya,” kata Siti dalam ucapannya.

Siti yang popular menerusi lagu Bukan

Cinta Biasa berkata, kesanggupa­n peminat menyertai program sempena ulang tahun ke-13 Siti Zone itu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Apa tidaknya, peminat yang datang bukan saja dari dalam negara, malah dari Indonesia, Brunei dan Singapura.

“Sejujurnya saya sangat terharu dan tersentuh. Apatah lagi yang datang dari Indonesia itu berasal dari kawasan jauh. Apabila difikir semula memang tak terbalas budi baik mereka.

“Saya memahami keterujaan dan semangat mereka untuk berjumpa sehinggaka­n sanggup berbuat apa saja. Saya sangat mengagumi mereka.

“Seperti selalu saya tekankan saya juga manusia biasa yang ada kekurangan dan tak sempurna. Ada ketika saya tak boleh memenuhi permintaan mereka, tapi mereka sangat memahami dengan keadaan dan situasi saya,” katanya.

Menurut Siti, program Moh Balik Lepih! ini dipilih atas persetujua­n ramai kerana masing-masing teringin ke kampung halaman Siti.

Secara kebetulan ia bersamaan sambutan Tahun Melawat Negeri

 ??  ?? TANGISAN Siti yang membuatkan semua peminat turut menangis.
TANGISAN Siti yang membuatkan semua peminat turut menangis.
 ??  ?? SITI berlari dalam guni.
SITI berlari dalam guni.
 ??  ?? SITI meraikan hari jadi bersama ibu tercinta,
Salmah Bachik.
SITI meraikan hari jadi bersama ibu tercinta, Salmah Bachik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia