Harian Metro

‘SAYA MASIH HAIZA YANG DULU’

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Kesibukan sebagai DJ dan penuhi undangan bataskan diri untuk bersama

rakan

Haiza sedih apabila ada yang menuduhnya lupa diri dan tidak mahu berjumpa kawan lama sebaik namanya menempa populariti yang luar biasa selepas berakhir program Gegar Vaganza musim kedua.

Kehangatan penyanyi lagu Dag Dig Dug berterusan apabila penyanyi kelahiran Benut, Johor itu yang sememangny­a peramah dan mesra peminat dilamar Rangkaian Radio Media Prima untuk menjadi penyampai (DJ) di Kool FM mengendali­kan slot

Pagi di Kool FM bersama AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat.

Jelas Haiza, dirinya tidak pernah berubah cuma kesibukann­ya sebagai DJ radio dan memenuhi undangan persembaha­n dalam pelbagai acara di seluruh negara membataska­nnya waktu untuk keluar dengan rakan seperti dulu.

“Saya masih sama seperti dulu dan ingat semua rakan artis seperti Papa Jaafar Onn, Kak Rohana Jalil dan yang lain kerana kami selalu buat show bersama. Kami juga selalu berjumpa dan keluar makan bersama.

“Tidak semudah itu untuk saya melupakan mereka tetapi kini waktu saya sangat terhad. Seawal jam4pagisa­yasudah bangun untuk bersiap-siap ke konti yang setiap berhari bersiaran dari jam 6 hingga 10 pagi.

“Selepassel­esai bersiaran, kena buat ‘post mortem’ dan berbincang pula untuk slot hari esoknya. Kadang kena buat rakaman untuk segmen yang akan mengisi slot pagi itu. Selesai semuanya, barulah saya boleh balik dan berehat. Adakala sebelah malam, ada pula acara yang saya kena pergi menjadi pengacara majlis.

“Pada hujung minggu pun, jarang ada masa terluang. Janganlah tuduh sayatamakm­engejar wang tetapi ketika badan sedang kuat dan sihat, inilah masanya untuk saya bekerja keras. Dalam pada itu, ibu saya yang membuka kedai makan di kampung sekarang menyerahka­n urusannya itu kepada saya dan suami (Norhanapfe Omar). Kami melakukan ubah suai pada kedai itu yang kini bertaraf cafe,” katanya.

Menurut Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, dia dan suaminya akan berulang alik ke

Benut untuk memastikan pengurusan cafe itu berjalan lancar. Jika dia sibuk dengan aktiviti seni, suaminya akan balik sendirian.

“Kalau ada masa, saya akan balik menjenguk keluarga mentua di Melaka. Orang tua mana mahu duduk di rumah anak lamalama kerana mereka lebih selesa tinggal di rumah sendiri. Memahami situasi itu, kami akan balik ke kampung melawat mereka. Saya minta maaf sekiranya ada kawan yang terasa hati dengan saya dan mahu mereka tahu, saya tetap Haiza yang dulu. Tidak pernah berubah,” katanya.

Haiza ditemui pada acara percutiann­ya dan Aepul (vokalis Drama Band) dengan peminat di Pantai Bagan Lalang, Sepang, barubaru ini. Mereka berdua yang bermula sebagai pasangan duet ketika menyertai pertanding­an Duo Star, percaya peminat adalah nadi bagi setiap artis lantas mereka mencari masa untuk merancang percutian itu sebagai penghargaa­n untuk peminat.

Mereka berdua juga sanggup menanggung kos percutian dua hari satu malam itu dengan membawa 100 peminat yang menggelar diri mereka AepulXHaiz­a Gladiators. Ada peminat yang datang dari Singapura.

Menurut Haiza, tiada salahnya berkongsi rezeki dengan peminat kerana mereka antara orang yang turut membantu kejayaan artis.

“Sokongan mereka

 ??  ?? Pada hujung minggu pun, jarang ada masa terluang. Janganlah tuduh saya tamak mengejar wang tetapi ketika badan sedang kuat dan sihat, inilah masanya untuk saya bekerja keras
HAIZA dan Aepul.
Pada hujung minggu pun, jarang ada masa terluang. Janganlah tuduh saya tamak mengejar wang tetapi ketika badan sedang kuat dan sihat, inilah masanya untuk saya bekerja keras HAIZA dan Aepul.
 ??  ?? ANTARA aktiviti ketika program bersama AepulXHaiz­a Gladiators.
ANTARA aktiviti ketika program bersama AepulXHaiz­a Gladiators.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia