Harian Metro

Kembang bakat di Indonesia

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Pelakon dan pengacara berbakat, Zoey Rahman sanggup berulangal­ik ke Indonesia demi mengembang­kan bakat seni di negara seberang.

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 31, sebagai persediaan dia belajar bahasa Indonesia bagi memudahkan diterima di sana.

“Saya akui bukan mudah menembusi pasaran seni Indonesia kerana persaingan sangat sengit.

“Namun, bersandark­an bakat dan kerja keras, saya yakin akan diterima di sana.

“Saya juga sanggup bermula dari bawah dengan menghadiri pelbagai uji bakat komersial, pengacaraa­n dan lakonan.

“Pada masa sama, saya turut mendapat sokongan rakan artis di sana,” katanya.

Zoey berkata, dia ada pengurus yang menguruska­n karier seninya di Indonesia.

“Saya sudah berhabis puluhan ribu ringgit demi mencari peluang kerja di sana.

“Selain program hiburan Pesbukers dan The New Eat Bulaga, saya pernah menjadi model untuk klip video Kleo Band. Saya juga sudah mula menjayakan projek sinetron dan kini menunggu slot untuk tayangan di kaca TV.

“Banyak ilmu saya belajar sepanjang bekerja dengan produksi Indonesia. Selain suasana berbeza pastinya bayaran untuk lakonan dan komersial lebih lumayan. Sama ada artis gred A atau B, semuanya perlu menghadiri uji bakat kerana mereka inginkan kualiti terbaik.

“Sinetron pula walaupun baru selesai penggambar­an pada sebelah pagi, ia sudah bersiaran di TV keesokan harinya. Ia membabitka­n ratusan episod dan bergantung pada rating,” katanya.

MUNTAH ULAT BERBAU BUSUK

Walaupun sibuk mencipta nama di Indonesia, Zoey masih memenuhi undangan berlakon dan mengacara di negara ini.

Ternyata, dia masih mendapat kepercayaa­n penerbit drama dan filem tempatan.

“Syukur, tawaran bekerja di sini tidak pernah putus. Antaranya saya terbabit dalam drama adaptasi novel untuk stesen Astro.

“Terbaru, saya mempertaru­hkan lakonan dalam filem seram Aku

Haus Darahmu (AHDM) yang akan menggegark­an pawagam tempatan bermula 2 Februari nanti.

“Dalam filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini, saya berganding­an dengan aktres Deanna Yusoff, Nad Zainal dan

Sweet Farhanna,” katanya.

Bercerita mengenai wataknya dalam filem itu, Zoey tampil sebagai lelaki penakut.

“Apa yang mencabar, saya perlu makan ulat berbau busuk dan hanyir

 ??  ?? Saya juga sudah mula menjayakan projek sinetron dan kini menunggu slot untuk tayangan di kaca TV
Saya juga sudah mula menjayakan projek sinetron dan kini menunggu slot untuk tayangan di kaca TV
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia