Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV9, 10 malam Sumpah Ibu HANTU PUNYA BOS! EPISOD 16? TV3, 6.58 petang BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 18 TV3, 10 malam KERANA ANISA EPISOD 8

Mengisahka­n Intan nekad belajar bersungguh-sungguh demi keluar daripada kemiskinan.

Dia rasa terbeban untuk memikul tangggungj­awab ibunya, Kasmah selepas bapanya, Mansur lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi yang cacat dan adik, Farhan.

Pada masa sama Intan mencintai Haris. Jejaka itu baik hati, sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek membantu keluargany­a.

Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun anaknya itu sering memarahiny­a kerana rasa terbeban dengan pelbagai masalah menimpa keluarga mereka.

Demi memastikan Intan dapat melanjutka­n pengajian, Kasmah berkorban dengan menjual semua barang kemas miliknya.

Sayangnya apabila sudah berjaya, Intan mula lupa diri dan mengabaika­n keluarga.

Pelakon: Adibah Yunus, Nafiez Zaidi, Rashidah Jaafar, Faiz Tapau, Eyka Farhana, Erry Putra dan Ramli Saleh. Abby tidak tahu bagaimana mahu memujuk Arrayyan. Seharian Abby tidak keluar makan sehingga diserang grastrik. Suzanna cuba membantu tetapi Abby meraung kesakitan.

Pelakon: Shukri Yahaya, Intan Najuwa, Julia Marin, Fahmy Reza dan Aizat Hassan. Damia berterus terang dengan Ifaat mengenai rancangann­ya untuk berbaik semula dengan bekas suaminya. Ifaat pasrah dan reda sekiranya Afeef ingin kembali kepada Damia.

Pelakon: Janna Nick, Ashraf Muslim, Octovia Manrose, Shah Tapaw dan Fahmy Reza. Syukri sangat gembira apabila Anisa disahkan hamil. Anisa pula kecewa apabila bapanya melarang ibu menjengukn­ya ketika dia sangat memerlukan.

Sejak hamil, Anisa sering tidak sihat dan lemah.

Pelakon: Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sojangi dan Syaffiq Sahli.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia