Harian Metro

Bangun kilang baru di Selangor

-

negara. Selain mempunyai rasa tersendiri dan enak ia juga adalah produk halal.

“Kami tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Ada juga perancanga­n untuk membangunk­an sebuah kilang baru di Selangor tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran produk Iman No. 1 sempena Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2016 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), barubaru ini.

Majlis pelancaran disempurna­kan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Rina berkata, walaupun baru setahun produk ini berada di pasaran, ia berjaya menerima sambutan luar biasa hingga meraih jualan sehingga RM3 juta dalam tempoh itu.

“Proses pengeluara­n dihasilkan menerusi kilang sendiri di Kuantan, Pahang. Namun kapasiti pengeluara­n sangat terhad dengan jumlah 3,000 unit bagi setiap produk dalam tempoh sehari.

“Jumlah pengeluara­n belum mencukupi untuk menampung permintaan di seluruh negara. Oleh itu, saya merancang membuka sebuah kilang di Selangor dan dijangka beroperasi pada Februari depan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak gentar pada persaingan pelbagai produk masa kini dan menggangga­p ia sebagai rezeki masing-masing.

Bagi meningkatk­an lagi kualiti produknya, beliau menjalin kerjasama dengan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Produk Iman No. 1 juga sudah memasuki pasaran luar seperti Singapura, China dan negara Timur Tengah,” katanya. -Mohamad Hussin

 ??  ?? DR Ismail (dua dari kanan) dan
Rina (dua dari kiri) selepas melancarka­n produk Iman No.1.
DR Ismail (dua dari kanan) dan Rina (dua dari kiri) selepas melancarka­n produk Iman No.1.
 ??  ?? SEBAHAGIAN produk Iman No. 1.
SEBAHAGIAN produk Iman No. 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia