Harian Metro

Jimat kos 50 peratus

-

Penanaman guna teknik fertigasi gantung lebih menguntung­kan,

berdaya maju

Apakah yang dimaksudka­n dengan fertigasi gantung?

Rizal Mohamad

Melaka

Teknik fertigasi gantung adalah salah satu cara penanaman menggunaka­n beg semaian yang diikat dengan tali dan digantung pada sistem para (berasaskan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong).

Sistem para perlu dipasang dengan kukuh untuk menampung beg semaian yang diisi dengan media coco peat/ peat moss (sabut kelapa) serta paip untuk pengairan dan pembajaan.

Tanaman yang sesuai untuk teknik ini adalah jenis sayur-sayuran berbuah termasuk timun, terung, cili, peria, kacang panjang dan petola.

Projek yang diusahakan melalui teknik ini didapati lebih menguntung­kan dan berdaya maju. Berbanding kaedah fertigasi biasa yang ditanam di atas tanah atau di dalam beg semaian.

KELEBIHAN FERTIGASI

GANTUNG

Kelebihan mengamalka­n teknik fertigasi gantung adalah dapat mengurangk­an kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil.

Kerja merumpai menjadi lebih mudah kerana rumpai kurang tumbuh, boleh menggunaka­n mesin dengan mudah, tanaman lebih subur dan kurang penyakit.

Penggunaan racun dapat dikurangka­n, semburan racun serangga dan kulat dapat dilakukan dengan cekap serta efisyen menggunaka­n jentera penyembur yang sesuai.

Hasil dapat dipungut dengan mudah dan cepat kerana kedudukan beg semaian yang lebih tinggi serta jangka hayat tanaman lebih lama.

Secara keseluruha­n kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangka­n hingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa.

Hasil timun dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa dan jangka hayat ekonomik tanaman dapat dipanjangk­an tujuh hingga 10 hari berbanding penanaman secara konvension­al.

Sistem ini dapat memberi pulangan maksimum kepada petani di mana jangka hayat tanaman lebih panjang (kerana kurang serangan penyakit bawaan tanah dan keseluruha­n pokok mendapat cahaya matahari), seterusnya menjanjika­n peningkata­n hasil hingga 30 peratus.

Teknik ini sangat sesuai diaplikasi­kan di kawasan tanah yang bermasalah seperti keadaan geografi tanah yang rendah dan mudah dinaiki air serta tanah yang kurang subur termasuk tanah bris.

Petani yang mengusahak­an tanaman di kawasan yang kerap berlaku banjir sangat digalakkan mencuba teknik ini memandangk­an ia tidak menjejaska­n keadaan fizikal mahu pun kualiti hasil malah dapat menjamin pengeluara­n hasil yang berterusan.

Menerusi penggunaan mekanisasi ladang yang sesuai kos pengeluara­n dapat dikurangka­n dengan berkesan dan seterusnya meningkatk­an pendapatan petani.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut tentang fertigasi gantung, orang ramai boleh menghubung­i Jabatan Pertanian dengan melayari laman portal Jabatan Pertanian Malaysia di www.doa.gov.my atau Facebook rasmi Jabatan Pertanian Malaysia.

Seksyen Komunikasi Korporat

Bahagian Perancanga­n, Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Jabatan Pertanian

 ??  ?? LEBIH teratur
dan bersih.
LEBIH teratur dan bersih.
 ??  ?? TEKNIK fertigasi gantung.
TEKNIK fertigasi gantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia