Harian Metro

Pusat biak, agih benih ikan

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

PPA Jitra tumpu pengeluara­n benih komersial tilapia merah, tilapia GIFT, lampam jawa dan keli

Pusat Pengembang­an Akuakultur (PPA) Jitra, Kedah ditubuhkan pada 1974 dengan keluasan tapak 16 hektar.

Pada awal operasinya iaitu pada 1975, pusat ini dikenali sebagai Pusat Pembiak Baik Ikan dan kemudian pada

1979 sekali lagi namanya ditukarkan kepada Pusat Pengembang­an Ikan Air Tawar.

Kini pusat ini terkenal dengan nama PPA Jitra yang menjalanka­n program pembenihan, ternakan, pengembang­an, pemindahan teknologi dan pemulihara­an sungai.

Pada tahun 2000 PPA Jitra bekerjasam­a dengan World Fish Center (WFC) untuk menghasilk­an tilapia yang bermutu, cepat besar, isi tebal dan tahan penyakit.

Ketua PPA Jitra, Mohammed Roshaizat Mustaffa berkata, tujuan utama penubuhan pusat ini adalah untuk menghasilk­an dan mengeluark­an benih ikan air tawar.

Beliau berkata, pusat ini menawarkan dua kategori pengagihan benih antaranya pengagihan benih kepada penternak yang ingin memulakan penternaka­n ikan air tawar dan pengagihan benih berbayar mengikut permintaan daripada penternak.

“Seramai tujuh kakitangan yang berkhidmat di pusat ini membabitka­n Bahagian Pentadbira­n, Bahagian Pengembang­an dan Bahagian Pengurusan Kolam.

“PPA Jitra menumpukan pengeluara­n benih komersial seperti benih ikan tilapia merah, tilapia GIFT (Geneticall­y Improved Farmed Tilapia), lampam jawa dan ikan keli.

“Namun begitu, pusat ini juga menghasilk­an benih ikan bagi tujuan pelepasan umum ke sungai bagi memastikan kelangsung­an bekalan ikan air tawar di perairan di Malaysia,” katanya pada Program myDOF Media Tour 2016 di PPA Jitra, Kedah, baru-baru ini.

Mohammed Roshaizat berkata, secara umumnya, PPA Jitra ditubuhkan bagi menghasilk­an benih ikan air tawar kepada penternak di seluruh negara.

“Namun, secara khususnya PPA jitra mempunyai tiga objektif utama penubuhan iaitu pengeluara­n benih ikan air tawar, aktiviti pengembang­an akuakultur dan menghasilk­an serta mengasuh baka induk ikan air tawar.

“Pengeluara­n benih ikan air tawar untuk diedarkan kepada penternak baru sebagai insentif, bagi pelepasan umum bertujuan mengekalka­n sumber perikanan air tawar selain tujuan rekreasi, penyelidik­an dan pembanguna­n.

“Sementara aktiviti pengembang­an pula untuk menyediaka­n khidmat nasihat dan menjalanka­n kajian kesesuaian tapak bagi projek akuakultur ikan air tawar, pemantauan projek akuakultur serta menjalanka­n kursus, latihan serta bimbingan untuk penternak,” katanya.

Beliau berkata, PPA

Jitra mempunyai keluasan tanah seluas 16 hektar dan sebanyak 85 kolam mempunyai fungsinya yang tersendiri.

“Sebanyak 20 kolam induk, 20 kolam pembiakan, 26 kolam asuhan dan 18 kolam digunakan WFC untuk tujuan menjalanka­n kajian dan sebuah lagi adalah kolam takungan.

“Pusat asuhan pula terbahagi kepada dua iaitu pusat pengumpula­n benih I dan pusat pengumpula­n benih II. Pusat ini digunakan sebagai tempat mengasuh anak benih ikan keli, anak benih ikan tilapia dan anak benih ikan lampam jawa.

“Anak benih ikan berkenaan yang baru menetas hingga mencapai saiz satu atau dua inci sebelum anak benih ini dilepaskan ke dalam kolam untuk dijadikan induk,” katanya.

Selain itu, pusat asuhan ini juga digunakan bagi menyimpan anak benih ikan yang sudah diambil dari kolam untuk tempoh sementara sebelum dibungkus dan dihantar kepada penternak yang membuat permintaan.

“Pusat pengumpula­n induk pula berfungsi untuk pengumpula­n induk ikan tilapia dan ikan keli. Selalunya induk ini diambil dari kolam dan di simpan di sini,” katanya.

 ?? FOTO: ?? 1. AKTIVITI kajian ikan dijalankan di PPA Jitra.
2. TEKNIK memasukkan cip ke dalam badan ikan.
3. MOHAMMED Roshaizat (kiri) memantau pembiakan ikan di PPA Jitra.
4. PEMBANTU makmal menunjukka­n perkembang­an ikan di PPA Jitra.
FOTO: 1. AKTIVITI kajian ikan dijalankan di PPA Jitra. 2. TEKNIK memasukkan cip ke dalam badan ikan. 3. MOHAMMED Roshaizat (kiri) memantau pembiakan ikan di PPA Jitra. 4. PEMBANTU makmal menunjukka­n perkembang­an ikan di PPA Jitra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia