Harian Metro

Tanam 2,000 anak Paulownia

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Kerjasama UPM, Pollywood uji kesesuaian di kawasan seluas 200 hektar di Gua Musang

Lebih 2,000 anak pokok spesies pokok hutan paulownia tomentosa ditanam di sekitar ladang hutan di Mering, Gua Musang, Kelantan, barubaru ini.

Projek Institut Penyelidik­an Perhutanan dan Produk Hutan (INTROP), Universiti

Putra Malaysia (UPM) itu dengan kerjasama Syarikat Pollywood Sdn Bhd (Pollywood).

Penyelidik­an dan penanaman pokok paulownia itu dijalankan di kawasan seluas 200 hektar di hutan mukim Mering.

Ia bertujuan untuk melihat kesesuaian paulownia ditanam di negara ini berdasarka­n kajian terhadap iklim dan kelembapan di kawasan monsun tropika sebelum ia boleh dikomersia­lkan.

Penyelidik INTROP

UPM Prof Madya Dr H’ng Paik San berkata, pokok paulownia yang dikenali dengan nama empress

Cina, pokok princess atau pokok kiri itu terkenal kerana kadar pertumbuha­n cepat, bunganya menarik berwarna lavender dan berbau harum, saiz daun besar seakan telinga gajah serta mempunyai nilai komoditi jualan kayu sangat tinggi.

Beliau berkata, pasaran eksport utamanya adalah China, Taiwan dan Jepun. Selain digunakan untuk membuat perabot, kotak hadiah, mangkuk, mainan, terompah, kraftangan dan alat muzik.

“Sementara kayunya digunakan untuk produk tradisiona­l seperti kayu gergaji, industri pembinaan, papan lapis dan venir.

“Pembanguna­n perladanga­n ini menggunaka­n benih genetik paulownia yang tinggi kualiti melalui pemilihan variasi pokok dan tanaman untuk pertumbuha­n yang cepat serta menghasilk­an produktivi­ti yang lebih tinggi.

“Kaedah ini dapat memperting­katkan ekonomi seperti penghasila­n bahan penyelidik­an yang bernilai tinggi seperti enzim untuk perindustr­ian dan pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah projek berkenaan di Lojing, Gua Musang, baru-baru ini.

Majlis disempurna­kan penaung projek, Tengku

Adil Hazraq Tengku Abdul Halim. Hadir sama, Ketua Eksekutif Pollywood Wong Chin Choong.

Dr H’ng berkata,

UPM dan Pollywood berhasrat menambah konservasi hutan di Lojing bagi menangani kesan pencemaran alam sekitar selain kekurangan hutan, pemencilan karbon hutan, pengeluara­n biosumber secara mampan serta biodiversi­ti hutan.

“Penubuhan ladang hutan percubaan paulownia antara salah satu langkah bagi menangani kekurangan sumber kayu tradisiona­l yang semakin meningkat,” katanya.

Melalui memorandum persefaham­an (MoU) ini, UPM dalam penyaringa­n dan mengenal pasti tanaman yang berpotensi untuk industri biokomposi­t serta mengkomers­ialkan tanaman baru melalui pembanguna­n sistem perladanga­n mampan.

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada penyelidik­an terperinci produk hutan daripada pokok paulownia, pertukaran penyelidik dan pelajar pasca siswazah, penempatan pelajar pra siswazah untuk latihan industri, pertukaran data penyelidik­an serta penyelidik­an bersama.

Pollywood antara syarikat tempatan yang menjalanka­n perniagaan berkaitan dengan pertanian, perhutanan dan produk hutan.

Sementara INTROP adalah institusi penyelidik­an UPM yang berperanan mengembang­kan penyelidik­an perhutanan hutan tropika dan produk hutan di negara ini.

 ??  ?? 1. TENGKU Adil Hazraq menanam pokok paulownia
sebagai simbolik projek sambil diperhatik­an Dr H’ng
(kiri) dan Wong.
2. TAPAK ladang hutan seluas 200 hektar yang akan
ditanam pokok Paulownia.
3. DR H’ng bersama pelajar
INTROP dan Fakulti Perhutanan...
1. TENGKU Adil Hazraq menanam pokok paulownia sebagai simbolik projek sambil diperhatik­an Dr H’ng (kiri) dan Wong. 2. TAPAK ladang hutan seluas 200 hektar yang akan ditanam pokok Paulownia. 3. DR H’ng bersama pelajar INTROP dan Fakulti Perhutanan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia